KUALA LUMPUR, 1 Feb — Pejabat Peguam Negara seharusnya menarik kembali semua saman Sistem Penguatkuasaan Automatik (AES) dan memulangkan semula wang saman dibayar oleh pesalah trafik yang didenda kerana sistem diswastakan itu terbukti tidak befungsi dengan baik, kata Tan Sri Abu Talib Othman memberikan pandangannya berhubung topik panas itu menjelang Pilihan Raya 2013.
Pernah
berkhidmat sebagai Peguam Negara selama 13 tahun, beliau yang sekarang
seorang penjawat awam bersara menggambarkan sistem penguatkuasaan trafik
diswastakan yang dilancarkan September lepas sebagai satu kes jelas
kerajaan bersikap sambil lewa tanpa rasa hormat kepada kedaulatan
undang-undang atau hak asas rakyat.
“Ia adalah
benar-benar tidak adil dan tidak munasabah untuk membenarkan saman
dikeluarkan tetapi tidak membenarkan pendakwaan kes itu jika seseorang
atau orang-orang yang disaman ingin mencabar tindakan pihak berkuasa
itu.
“Di manakah
mereka pergi untuk mendapatkan keadilan? Mahkamah mesti bertindak secara
bebas dan tidak menerima arahan daripada Pendakwa Raya,” kata beliau
dalam temuramah eksklusif bersama The Malaysian Insider baru-baru ini.
Pejabat Peguam
Negara dan kerajaan persekutuan dikritik hebat bulan lepas diatas
pembekuan pendakwaan pesalah trafik di bawah AES akan tetapi membenarkan
sistem itu untuk terus beroperasi.
Pembekuan saman
itu diarahkan selepas bantahan terhadap sistem tersebut yang telah
mengeluarkan 300,000 saman sejak ia bermula pada 23 September tahun lalu.
Keputusan itu
mencetuskan kemarahan orang ramai yang meluas dan mendorong pentadbiran
Najib memikirkan untuk menghentikan pelaksanaan sistem yang menyebabkan
pengguna menerima dua saman termasuk dari perangkap kelajuan polis di
sepanjang lebuh raya.
Tidak berapa
lama selepas pembekuan, Menteri Pengangkutan Datuk Seri Kong Cho Ha
mengatakan sistem AES akan beroperasi seperti biasa dan saman akan terus
dikeluarkan, membangkitkan lebih banyak kritikan dari mereka yang
menentang sistem tersebut.
“Kerajaan tidak
akan menghentikan saman AES ini, seperti yang sudah diputuskan dalam
Mesyuarat Kabinet lalu,” kata Kong pada 26 Disember.
Namun, Kong
turut mengakui saman AES tersebut bermasalah dari sudut perundangan dan
kementeriannya sedang mencari jalan untuk menyelesaikan perkara yang
dibangkitkan tersebut.
Bulan lalu,
Pejabat Peguam Negara mengarahkan supaya semua prosiding kes saman
melalui Sistem Penguatkuasan Automatik (AES) digantung.
Dalam satu
kenyataan, mereka bagaimanapun menegaskan saman melalui AES yang
dikeluarkan oleh Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) adalah sah.
Abu Talib, walau
bagaimanapun, menyimpan kritikan terhadap Tan Sri Abdul Gani Patail (gambar), yang
dilaporkan telah mengakui kelemahan dalam AES.
Abdul Gani
dilaporkan berkata saman masih lagi sah akan tetapi mengakui terdapat
kelemahan dalam aspek undang-undang saman tersebut dan pejabatnya masih
lagi dalam perbincangan tentang bagaimana untuk menyelesaikan
permasalahan tersebut.
Pada 13 Januari,
akhbar berbahasa Melayu Mingguan Malaysia melaporkan peguam tertinggi
negara itu keputusan berkenaan dengan ribuan saman yang telah
dikeluarkan setakat ini masih tidak boleh didedahkan kerana ianya
melibatkan beberapa jabatan.
“Hakikat beliau
mengatakan pejabatnya memerlukan masa untuk menyelesaikan isu-isu yang
berkaitan dengan AES serta memastikan semua peraturan dan tatacara
berada di tempatnya sebelum prosiding mahkamah dimulakan adalah satu
pengakuan bahawa sistem tersebut tergesa-gesa dilaksanakan tanpa
memikirkan dengan mendalam untuk undang-undang dan hak rakyat,” katanya.
Menurut Abu
Talib, kenyataan Abdul Gani membuktikan sistem AES tidak diperincikan
dengan teliti terlebih dahulu oleh kerajaan sebelum ianya dilaksanakan.
“Jika ia benar,
bahawa semua peraturan dan tatacara masih belum tersedia, perkara yang
betul untuk beliau lakukan adalah untuk menarik balik semua saman yang
dikeluarkan dan memulangkan semula semua denda yang dibayar, jika ada,”
kata beliau yang pernah mempengerusikan Suruhanjaya Hak Asasi Manusia
Malaysia (Suhakam).
Projek swasta
bernilai RM700 juta bermula pada bulan September dengan 14 kamera fasa
percubaan tetapi JPJ berikrar untuk melancarkan sebanyak 831 kamera
menjelang akhir 2013 untuk menangkap pemandu laju dan mencegah lebih
banyak kematian di jalan raya.
Pihak polis,
yang menguatkuasakan undang-undang had laju berkata, mereka akan
meneruskan penguatkuasaan dan meletakkan perangkap kelajuan mudah alih
berhampiran kamera AES, meningkatkan prospek saman berganda untuk
pemandu ingkar.
Pembangkang
Pakatan Rakyat (PR) telah menggunakan isu ini menjelang kempen pilihan
raya yang perlu diadakan pada April selepas mandat Barisan Nasional (BN)
tamat.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan