Post Terbaik Blog

Pengikut ana

Isnin, 31 Disember 2012

Tragedi Tanah Runtuh Puncak Setiawangsa VS Jom Heboh


 
Tembok yang kukuh boleh rebak dan retak, deretan rumah mewah jenis banglo mengalami kemusnahan dan menggelogsor.
Puncak ini sudah tidak selamat untuk didiami, malahan kawasan bawah yang berhampiran juga diancam bahaya.
Hujan lebat yang turun tidak henti-henti adalah fenomena biasa musim tengkujuh yang kerapkali mengakibatkan banjir dan tanah runtuh di Malaysia. 

Tak sangka tembok kongkrit yang kukuh dan kebanyakkan rumah di puncak ini yang telah dibina seawal 1987 atau 25 tahun yang lalu tiada sebarang masalah tetapi kali ini sebaliknya.

Antara rumah orang kenamaan (baca kaya) yang terlibat dalam tragedi ini ialah Datuk Seri Dr Jamaludin Jarjis & Datuk Seri Zulhasnan Rafique dan lebih kurang 30 buah banglo lain yang anggaran harga sebuah rumah banglo ini mencecah jutaan ringgit.

Mujur setakat ini tiada melibatkan kematian.

Tapi tak sedar kita dan tak mahu insaf, disaat orang lain ditimpa musibah seperti banjir dan tanah runtuh, ada yang masih seronok membuat pesta hiburan yang melalai dan melekakan seperti Konsert Jom Heboh TV3 di Stadium Bukit Jalil.



    


1 ulasan:

  1. Assallammuallaikum, ni lah contoh betapa tidak pandai nya pemimpin UMNO. Keluar muka yg tak sebebrapa JJ tu kat TV3, tulisan dibawah Ahli Parlimen Rompin. Tak boleh ke letak sebagai penduduk yg terancam dgn runtuhan tanah? Nak mampus pun masih nak berpolitik seolah2nya Mungkar, Nangkir akan bertanya "apakah parti politik Tuan?" Berdoa sajalah orang macam ni akan insaf. Asyik being opportunistic tak habis2. ABU

    BalasPadam