Post Terbaik Blog

Pengikut ana

Rabu, 19 Disember 2012

Mewah Betul POLIS ni? Menteri jaga Polis jangan senyap

Keadilan hari ini bongkar pemilikan aset bekas pegawai tertinggi polis pada 1999, berupa 10 unit rumah persendirian di sekitar Kuala Lumpur.

Dedah Pengerusi Biro Kepenggunaan, Yahya Sahri, aset-aset yang tidak diisytiharkan tersebut, antaranya kondominium bernilai RM400,000 dan pangsapuri kos rendah sekitar RM25,000.

“Aset-aset tersebut atas nama bekas pegawai polis itu dan isterinya. Pendedahan saya ini meliputi harta beliau di Kuala Lumpur sahaja, tidak termasuk Melaka,” katanya sambil memberi pembayang, pegawai berkenaan berasal dari Melaka.

Yahya juga mendedahkan, bukti pemilikan aset pegawai tersebut melalui carian rasmi Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) menunjukkan beliau mempunyai empat rumah di Taman Miharja, empat di Wangsa Maju, satu di Taman Sentosa, Petaling Jaya dan satu lagi di Desa Kiara, Damansara Utama.

“Apa yang kita persoalkan, rakyat biasa begitu sukar nak beli rumah. Jangankan kondominium, pangsapuri kos rendah pun payah, tapi seorang pegawai tinggi polis boleh begitu mudah miliki sampai 10 buah rumah,” kata Yahya pada sidang media di ibu pejabat parti hari ini.

“Justeru, kita mintak penjelasan DBKL berhubung pemilikan tersebut,” sambung beliau.

Tambahnya, banyak lagi penyelewengan berhubung aset dan hartanah yang bakal didedahkan dan ini adalah siri pertama pendedahan tersebut.

“Kita akan dedahkan banyak lagi penyelewengan berhubung isu kepenggunaan, sampailah pilihan raya nanti,” jelas Yahya

Tiada ulasan:

Catat Ulasan