Post Terbaik Blog

Pengikut ana

Sabtu, 8 Disember 2012

Lautan Manusia Mendengar Kuliah HKR (Foto) di Kedah


(Ustaz Azhar Idrus memberikan tazkirah di majlis petang menjelang Himpunan Kebangkitan Rakyat)

ALOR SETAR: Lebih 5,000 rakyat Kedah mula berhimpun di Stadium terbuka Sultan Abdul Halim, Suka Menanti petang ini bagi menyertai Himpunan Kebangkitan Rakyat peringkat negeri Kedah.
Majlis bermula sejak jam 3 petang apabila para pemuda PAS membuat perarakan bermotor dari Gurun ke stadium berkenaan.

Di stadium terbuka itu, ucapan dari pelbagai NGO dibuat untuk menyatakan sikap mereka dalam pelbagai perkara yang menyangkut perjuangan dan tuntutan masing-masing.

(Perarakan bermotor yang disertai anak muda)

Antaranya Kempen Anti Saman Ekor (Kase), R yang memperjuangkan royalti untuk Kelantan serta Anak. DAP pula membawa treler kempen mereka dan dijangka PKR akan datang dengan bas dua tingkatnya.

Acara kemuncak petang ini adalah tazkirah dari ikon anak muda, Ustaz Azhar Idrus. Sebelum bermula Ustaz Azhar Idrus melancarkan Alternatif Riding Club (ARC) peringkat negeri Kedah.

Dengan Leman Raja Lawak mengacarakan majlis, perhimpunan petang ini begitu meriah sekali apabila bandaraya Alor Setar bercuaca cerah yang membolehkan orang ramai memenuhi stadium terbuka itu dengan selesa.

Kemuncak perhimpunan adalah malam ini apabila tokoh-tokoh Pakatan Rakyat akan memberikan ucapan mereka yang berupa amanat-amanat penting menjelang pilihan raya umum akan datang.


(Antara orang ramai yang memenuhi padang stadium)

Antaranya Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang, Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim, Ketua Parlimen DAP, Lim Kit Siang serta Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Ustaz Azizan razak.

Himpunan ini adalah yang ke empat selepas Seremban, Kota Bharu dan Batu Pahat di Johor. Besok himpunan akan diadakan di Melaka manakala Ahad akan diadakan di Temerloh, Pahang.

14 dan 15 Disember ini himpunan akan diadakan pula di Terengganu. Kemuncak adalah himpunan yang menjangkakan kehadiran 1 juta orang pada 12 Januari di Kuala Lumpur. -Hrkh






Tiada ulasan:

Catat Ulasan