Katanya, tindakan itu merupakan sebahagian daripada tiga langkah berperingkat yang diambil kerajaan Selangor dalam menangani kontroversi mengenai kamera AES.
Khalid berkata Selangor mengambil tindakan demikian memandandangkan Kementerian Pengangkutan tidak mengendahkan surat oleh Majlis Perbandaran Sepang (MPS) agar menurunkan kamera berkenaan.
"Mereka (MPS) tulis surat kepada kementerian utk membetulkan proses mendirikan tiang-tiang AES itu. Malangnya surat yang ditulis Yang Dipertua MPS tidak dijawab, tidak diendah.
"Jika dalam dua minggu lagi, tidak ada lagi permohonan dibuat kementerian pengangkutan, kita akan menanggalkan pembangunan (tiang) itu dari asasnya," katanya.
Beliau bercakap kepada pemberita di Shah Alam hari ini selepas satu majlis bersama sekumpulan ketua kampung.
Sementara itu, exco kerajaan Selangor, Ronnie Liu ketika ditanya menyifatkan langkah memasang sarung tersebut sebagai "semakan semula strategi".
"Ini satu strategi yang disemak semula. Rakan-rakan media dijemput ke lebuh raya SKVE jam 2 petang Jumaat ini," katanya merujuk kepada operasi memasang sarung ke atas kamera AES Jumaat ini.
Beliau sebelum ini mengumumkan kerajaan Selangor akan menurunkan kamera AES yang dipasang di Selangor pada hari tersebut.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan