Post Terbaik Blog

Pengikut ana

Sabtu, 29 September 2012

Kemenangan Bergaya Mahasiswa UKM



Pro-mahasiswa menguasai sekali lagi Persatuan Mahasiswa Universiti Kebangsaan Malaysia (PMUKM) untuk sesi 2012-2013.

Seakan mengia gelaran kumpulan mereka 'Gabungan Mahasiswa UKM' , kumpulan yang mengaku memperjuangkan suara mahasiswa yang tulen mendapat sokongan 2/3 kerusi dalam pilihanraya kampus (PRK) atau nama rasminya Pemilihan Majlis Perwakilan Pelajar 2012-2013.

Setelah sepenggal PRK ditangguhkan, kali ini kedua-dua pihak; Aspirasi dan GMUKM tampil membawa muka-muka baru yang diangkat sebagai calon-calon 'winable' mereka.

Ironinya dalam PRK kali ini kumpulan Aspirasi selaku 'jaguh kolej' mungkin 'terlupa' untuk menyediakan 7 orang calon untuk mencukupkan bilangan calon-calon mereka sekaligus memberikan kemenangan percuma tanpa bertanding kepada kumpulan GMUKM yang bersiap sedia memenangi kerusi sekali lagi pada tahun ini.Baca analisis

Tiada ulasan:

Catat Ulasan