Post Terbaik Blog

Pengikut ana

Jumaat, 7 September 2012

Gari gadis 'sangat lembut', kata polis konon


Gadis ini dianggap penjenayah lalu digari tanpa belas kasihan, nak dakwa atas akta apa pun mereka tak tahu

Ketua Polis Kuala Lumpur Datuk Mohmad Salleh mempertahankan tindakan menggari gadis yang didakwa memijak gambar Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak semasa perhimpunan Janji Demokrasi sebagai "lembut dan mengikut prosedur".

"Gari ini prosedur tangkapan. Prosedur menangkap orang, gari. Itu pun saya rasa, gari pun sangat lembut (very mild). Kalau ikut (betul-betul) gari ini di belakang.

"Jadi bila tangkap orang, isu gari bukan satu isu. Apa pun tangkapan suspek mesti gari... (Ia) memang asas yang diperuntukkan oleh undang-undang. Bukan menjadi satu kesalahan kita menangkap pesalah, dengan menggunakan gari," katanya. -M'kini

Tiada ulasan:

Catat Ulasan