SHAH ALAM, 27 SEPT :
Kerajaan Pakatan Rakyat (Pakatan) akan membina
100,000 unit rumah mampu milik di bandar-bandar utama dalam penggal
pertama pentadbirannya sebagai Kerajaan Persekutuan.
Menurut belanjawan
alternatif Pakatan 2013 yang diterbitkan semalam,
gagasan itu akan melaksanakan perancangan tersebut dengan suntikan dana
RM5 bilion kepada Lembaga Perumahan Negara (LPN).
Suntikan tambahan RM 2
bilion akan diberi setiap tahun dari tahun
kedua hingga kelima bagi menyediakan dana kewangan untuk pelaksanaan
projek perumahan awam berkenaan.
Ia adalah salah satu
penekanan yang akan diambil Pakatan menerusi
belanjawan berjumlah RM 234 bilion yang diterbitkan semalam oleh
Ketua
Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Menyediakan rumah mampu
milik merupakan penekanan khusus yang
diberikan demi membela nasib rakyat yang selama ini terbeban dengan
harga rumah yang melambung di pasaran ketika ini.
Bagi menangani masalah
harga perumahan ini Pakatan merancangan untuk
melaksanakan pelbagai projek perumahan mampu milik di seluruh negara
yang berharga antara RM 130,000 hingga
RM 300,000.
Inisiatif rumah mampu
milik akan diuruskan dengan menubuhkan LPN
yang akan menggantikan Syarikat Perumahan Negara Berhad (SPNB) dan
Perbadanan Perumahan Rakyat 1Malaysia (PR1MA) yang dilihat tidak
memaikan peranan.
Pakatan juga akan
mengamalkan konsep bina-dan-jual bagi mengatasi
risiko perumahan terbengkalai yang telah merugikan kira-kira 79,000
pembeli.
Dasar ini akan
dilaksanakan secara berperingkat untuk semua projek
perumahan kos sederhana rendah berharga RM 300,000 dan ke bawah.
Pakatan juga akan
memperkenalkan konsep “social renting” atau
penyewaan untuk tujuan sosial bagi memenuhi keperluan perumahan untuk
golongan isi rumah di bawah RM 1,500 sebulan.
Di samping itu, konsep
perkongsian pemilikan juga akan diperkenalkan
untuk mereka yang kurang kemampuan kewangan untuk membeli rumah.
Di bawah konsep ini,
pembeli akan memiliki 25 peratus daripada harga
rumah, manakala nilai yang selebihnya, iaitu 75 peratus, akan dimiliki
oleh agensi kerajaan.
Selangorku.
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan