Dr M
kebingungan: PM ‘de-facto’ berkuasa semula sementara Najib terus
tenggelam
Oleh: imamsurau
" Bekas
Perdana Menteri Mahathir Mohamad telah mendapat pujian ramai,
terutamanya ahli-ahli UMNO pembodek yang lain. Dirinya telah dipuji
kerana melakukan banyak penswastaan di Malaysia, Wawasan 2020nya, dasar
ketat politik dan ekonomi, namun tidak satupun diantara ini telah
menjadikan Malaysia sebuah negara yang maju.
Sebaliknya, akibat
dasar kuku besi Mahathir, Malaysia telah dipandang rendah dan dilihat
sebagai sama tahap seperti rejim penyangak lain seperti Zimbabwe dan
Myanmar. Vietnam sudah semakin maju, manakala Indonesia telah
meninggalkan kita jauh di belakang.
Tidak hairanlah Mahathir yang
berusia 86 tahun cuba untuk menyelamatkan legasinya, walaupun
biografinya yang laris A Doctor in the House tidak akan menjadikannya
popular lagi. Di mata rakyat senegaranya, apa yang telah dilakukan oleh
Mahathir, dirancang, dilaksanakan dan dibayangkan, semuanya telah gagal
teruk.
Masih tidak cukup! Lebih banyak sekatan
diperlukan!
Kepada Mahathir, ia mungkin kelihatan bahawa
rancangannya telah gagal. Menjadi kucar-kacir di depan matanya sendiri.
Dia tidak boleh menerima bahawa ia adalah salahnya sendiri dan
sebaliknya menyalahkan penggantinya erana tidak berusaha lebih untuk
rakyat.
Dan ini adalah mengapa suhu politik di negara ini
mengeledak dengan kekejaman polis menjadi norma dalam mengawasi rutin
seharian. Mahathir masih berkuasa, dilindungi oleh kekayaan yang
dikumpul oleh anak-anaknya, kroni dan keluarga ketika pemerintahannya
selama 22 tahun dari tahun 1981 hingga 2003. Dia tahu dia telah membuat
banyak kesilapan tetapi tidak akan mengakui hakikat ini dan ini jugalah
sebab mengapa Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak seperti
terdesak hendak memuaskan hati Mahathir.
Tanpa Mahathir, Najib
akan ditendang keluar sebagai Presiden Umno sekaligus sebagai PM di
negara ini dengan serta-merta. Tanpa mandat pilihanraya sendiri serta
perbalahan dalaman yang serius terpaksa dihadapinya dari dalam UMNO,
Najib tahu kelemahannya.
Ini adalah mengapa lelaki berusia 58
tahun ini telah membuat pusingan U dengan menghidupkan semua janji-janji
dulunya untuk pembaharuan, walaupun pengkritik berkata bahawa Najib
tidak pernah benar-benar serius untuk melakukan apa-apa pembaharuan
keatas Malaysia.
Masih mahu menjadi BOS
As every
facet of Malaysia goes down one by one, Mahathir remains in a state of
denial. Publicly, he says he can’t bear to see Malaysia sliding within
his own life time and he can’t do anything about it. But don’t rush to
empathize, one might be mistaken.
Setelah setiap kes dan skandal
di Malaysia dibongkar satu persatu, Mahathir kekal dalam penafian.
Secara terbuka, dia berkata dia tidak sanggup melihat Malaysia munah
ketika hayatnya dan dia pula tidak boleh melakukan apa-apa. Tetapi
jangan merasa kasihan padanya dengan begitu cepat, kita mungkin tertipu.
Pengkritik
berkata, dia sebenarnya tidak peduli tentang Malaysia sama sekali.
Mahathir hanya berminat untuk menghidupkan legasinya semula, yang telah
diruntuhkan, dan sudah tentu untuk melihat anaknya Mukhriz menjadi
Menteri Besar atau Ketua Menteri Kedah sebelum menjadikan dia sebagai
Perdana Menteri apabila tiba masanya bagi Najib untuk meletakkan
jawatan.
Najib mungkin telah mengambil alih dari Abdullah Badawi
tetapi tidak syak lagi dia telah mewarisi segunung masalah sosio-ekonomi
Malaysia daripada Mahathir. Mahathirlah yang memimpin Malaysia ke
kancah hutang yang banyak akibat daripada sebahagian besar projek-projek
mega yang telah dilaksanakan adalah hasil daripada wang yang dipinjam.
Firma
minyak nasional, Petronas telah diperah kering untuk menyelamatkan
firma yang dikawal oleh kroni dan anak-anaknya apabila projek-projek ini
menjadi bermasalah seperti biasa. Dengan rasuah berleluasa dan salah
urus tadbir, ditambah keutamaan dasar untuk memperkayakan para pemimpin
elit dalam Umno, penswastaan Malaysia menjadi tidak berfungsi tanpa
amalan pengurusan perniagaan yang cekap. Ini menjadikan Malaysia tidak
cekap dan tidak berdaya saing.
Sekarang, Mahathir mahu
menguruskan ekonomi sekali lagi. Dia seperti orang yang masih tamakkan
kuasa. Hanya beberapa hari lalu, dalam wawancara dengan berita asing dia
berkata bahawa pengeluaran Greece dari Zon Euro, ditambah walaupun
kelembapan ekonomi China, tidak akan memberi kesan kepada Malaysia.
Adakah
dia bergurau? Ketua Bank Negara Zeti Aziz telah mengakui bahawa ia
"tidak dapat dibayangkan" jika Greece gagal untuk terus berada di pelan
pemulihanekonomi Euro untuk pembaharuan kewangan. Kebergantung
perdagangan Malaysia sudah akan merasa kesannya satu akibat kelembapan
global ini dan lebih-lebih lagi apabila Hutang Negara kini berada pada
tahap RM560 bilion dan semakin meningkat.
Jadi, mengapa Mahathir
cuba untuk menutup kemungkinan bahawa malapetaka kewangan tetapi tidak
pula memperkatakan tentang kedudukan Najib yang "lemah". Lelaki tua ini
dengan mudah berkata bahawa walaupun kita dapat melepaskan diri daripada
kesan krisis ekonomi luar, Najib perlu menangguhkan pilihan raya umum
ke-13 hingga ke akhir tahun ini.
"Kerana lemah, dia perlu memberi
respons kepada kritikan. Tetapi apabila berhadapan dengan masalah ini
sahaja tidak cukup ... mungkin pada lima bulan akan datang sebelum akhir
tahun ini," kata Mahathir kepada Bloomberg, merujuk kepada masa yang
terbaik untuk PRU ke-13.
Kepentingan peribadi dalam PRU
ke-13
Malah, dalam
PRU ke-13, Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim dan gabungan
Pakatan Rakyat akan mempunyai peluang yang baik untuk merampas kerajaan
persekutuan - rejim perubahan yang pertama kalinya berlaku di Malaysia
sejak penjajah British meninggalkan kita pada tahun 1957.
Kita
pasti sudah sedar bahawa Mahathirlah yang telah mempengaruhi Najib
dengan mengarahkan tindakan keras polis ke atas orang awam yang berlaku
pada 28 April, 2012, di perhimpunan Bersih 3.0 untuk pilihanraya yang
bebas dan adil.
Bukan hanya Mahathir tegas mempertahankan
penggunaan kekerasan ke atas orang awam yang berhimpun secara aman, dia
juga menuduh pihak penganjur Bersih bersubahat dengan Anwar dan Pakatan
Rakyat untuk menjatuhkan kerajaan BN seperti di Dataran Tahrir atau
Kebangkitan Arab. Tiada siapa yang terkejut apabila Najib dengan segera
mengulangi kata-kata Mahathir.
Lelaki tua itu kemudian memberi
amaran bahawa jika Pakatan menang PRU ke-13, akan berlaku "keganasan
tanpa henti". Pendirian dan muslihat politiknya sama sekali dikutuk dan
motifnya telah diselar sebagai jahat dan "berbahaya".
"Apa yang
jelas ialah Mahathir mempunyai kepentingan peribadi dalam keputusan
pilihan raya umum akan datang untuk menyebabkan dia melakukan yang
terbaik, termasuk pembohongan dan fitnah terhadap Bersih 3.0 yang
merupakan ‘warm up’ oleh Pakatan Rakyat untuk mengadakan demonstrasi
ganas untuk menolak keputusan pilihan raya akan datang jika pembangkang
gagal atau orang Melayu kehilangan kuasa politik di negara mereka
sendiri apabila UMNO dikalahkan," kata penasihat DAP Lim Kit Siang.
"Apakah
mungkin bahawa dia menyedari bahawa selepas perhimpunan Bersih 3.0,
UMNO dan Barisan Nasional akan keluar dari Putrajaya sejurus pilihan
raya umum akan datang, dan ini bermaksud bahawa senarai panjang skandal
kewangan dan penyalahgunaan kuasa selama 22 tahun sebagai Perdana
Menteri akhirnya boleh dijalankan siasatan penuh dan dia melakukan yang
sedang bertungkus-lumus untuk mengelakkan sejarah rahsia menjadi Perdana
Menteri 22 tahun ini daripada diketahui semua?
Mahathir
kini PM de-facto
Yang pasti,
Mahathir amat bimbang akan diri serta keluarganya. Lihatlah bagaimana
Indonesia menyelesaikan kes rasuah bekas presiden Suharto dengan
kekayaan hebat yang dikumpul oleh keluarganya akan menjadikan Mahathir
seram sejuk. Bukan sahaja kekayaannya akan dirampas, penjara,
perbicaraan mahkamah yang panjang dan penghinaan ini semua bakal
dihadapinya.
Bagi Mahathir, sama ada dia sememangnya jenis yang
tidak pernah takut atau percaya bahawa nasib akan sentiasa
menyebelahinya, sebaliknya merancang atau cuba berunding bagi mencari
jalan yang terbaik, dia sedang berusaha untuk mempromosikan anaknya
Mukhriz sebagai ketua menteri Kedah yang seterusnya, dan pada masa yang
sama membuat kenyataan dan memberi nasihat seolah-olah dia masih lagi
PM.
Drama dan komen lantang Mahathir beberapa hari lepas belum
dilupakan pemimpin Umno yang lain, mahupun musuh politik mereka, ahli
Pakatan rakyat.
"Jelas ada perpecahan serius dalam Umno dan
mereka tidak mampu untuk mencapai kata sepakat. Jika tidak, tiada sebab
untuk Mahathir menasihati Najib supaya melambatkan PRU ke-13. Dia hanya
perlu membuat panggilan telefon. Mahathir mahu UMNO tahu bahawa jika
Najib melambtkan PRU ke-13 hingga September atau 2013, Najib akan masih
mempunyai sokongannya," naib presiden PKR Tian Chua memberitahu Malaysia
Chronicle.
"Ya, Dr M takut kehilangan pada PRU ke-13 dan
pemilihan parti Umno. Dia dan Najib akan berusaha sedaya upaya untuk
memastikan orang mereka menang dan yang lain akan diketepikan. Golongan
Badawi, kumpulan Tengku Razaleigh dan jugaTan Sri Muhyiddin Yassin
(Timbalan Perdana Menteri) akan mendapati diri mereka terpinggir. Ini
nampaknya seperti perjanjian Dr M telah dibuat dengan Najib. Mahathir
akan menjadi PM de-facto, Najib hanya akan menjadi boneka. Dia dan
Rosmah akan ke luar negara untuk menghadiri acara rasmi dan tinjauan
mesra. Tetapi dasar-dasar sosial dan ekonomi akan kembali ke meja
Mahathir. Ya, Mahathirisme kembali dan kita perlu berhati-hati dan
berjaga-jaga. "
Menghentikan penghijrahan beramai-ramai
ke dalam Pakatan sahaja tidak cukup
Pemilihan
parti Umno dijadual pada bulan Oktober 2012, manakala spekulasi bertiup
kencang bahawa PRU ke-13 akan diadakan pada bulan September atau tahun
depan dan bukan pertengahan bulan Jun atau Julai seperti yang
disebut-sebut sebelum ini.
Satu perhimpunan besar BN akan
diadakan pada 17 Jun dimana Najib dijangka mengisytiharkan tarikh
pilihanaya tetapi selepas kegagalan cara mereka mengendalikan Bersih 3.0
dan ketidakupayaan Mahathir untuk mendapatkan kembali populariti dari
rakyat, peluang untuk PRU ke-13 berlaku lewat tahun ini atau awal tahun
depanlebih tinggi. Mandat BN untuk memerintah akan tamat pada bulan Mac
2013.
Sementara itu, penghijrahan yang boleh dijangka oleh ahli
UMNO-BN dan kakitangan awam ke Pakatan Rakyat yang semakin mencemaskan
Umnoter masuk bekas Peguam Cara Negara Yusof Zainal Abiden, profesor
Aziz Bari dari UIA dan Brigadier-Jeneral Abdul Hadi Abdul Khattab. Semua
menyertai PKR manakala bekas ketua Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman
Fauzi Shaari menyertai PAS.
Sumber: Malaysia
Chronicle"
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan