Harakahdaily, | 19 Jun 2012 |
Ini ekoran hakim mendapati tindakan Panel Pertikaian Suruhanjaya Koperasi Malaysial yang memutuskan keanggotaan Isa Samad adalah bercanggah dengan undang-undang kecil KPF.
Hakim Tuan Abang Iskandar Abang Hashim juga membenarkan permohonan sebelah pihak lima peneroka tersebut bagi mendapatkan perintah penggantungan sementara ( interim stay ) bagi menggantung status keahlian dan juga pemilihan Isa Samad sebagai anggota Lembaga KPF atau Pengerusi KPF bagi tujuan pengesahan Mesyuarat Agong perwakilan KPF yang akan diadakan esok .
Mahkamah juga menggantung pelantikan Isa Samad sebagai ahli atau Pengerusi Lembaga KPF sehingga Mahkamah memutuskan kes semakan kehakiman lima peneroka tersebut.
Lima orang peneroka dari Felda Jengka yang juga ahli berdaftar KPF melalui firma peguam Tetuan Mohamed Hanipa & Associates memfailkan semakan kehakiman bagi mendapatkan antara lain perintah deklarasi bahawa keputusan Panel tersebut yang diberikan pada 23 Mei 2012 yang memutuskan keanggotaan Isa Samad sebagai ahli KPF adalah kekal meskipun beliau tidak layak menjadi ahli KPF adalah keputusan yang tidak sah dan terbatal.
Mereka juga memohon perintah certiorari bagi membatalkan keputusan tersebut dan perintah mandamus bagi mengarahkan KPF membatalkan keahlian Isa Samad di dalam KPF.
Pendengaran permohonan kebenaran semakan kehakiman didengar petang tadi di mana pihak Peguam Negara melalui peguam kanan persekutuan, Encik Shamsul Bol Hasan telah membantah permohonan lima peneroka tersebut.
Di dalam bantahannya peguam negara antara lain berhujah bahawa lima orang peneroka tersebut tiada locus standi bagi mencabar keputusan Panel tersebut dan kes ini , menurut Shamsul, bukanlah kes yang melibatkan undang-undang awam (public law).
Peguam lima peneroka tersebut iaitu Encik Mohamed Hanipa Maidin berhujah kelima-lima peneroka tersebut adalah pihak yang terjejas dengan keputusan Panel kerana mereka adalah antara peneroka yang membawa kes ini untuk diputuskan oleh Panel maka sudah tentu mereka mereka mempunyai locus standi.
Hanipa juga berhujah jika mahkamah tidak campurtangan di dalam kes ini maka keputusan Panel yang membenarkan orang yang tidak layak menjadi ahli KPF memegang jawatan di dalam KPF akan memberikan impak besar kepada KPF dan sekaligus kepentingan ahli ahli KPF seperti lima peneroka tersebut juga akan terjejas.
Dalam hujahnya Hanipa juga menyatakan keputusan Panel tersebut adalah tidak munasabah dan juga tidak logik kerana meskipun Panel bersetuju Isa Samad tidak layak jadi ahli KPF namun keahliannya dikekalkan.
Hanipa memberi analogi keputusan Panel tersebut samalah seperti hakim mengatakan perkahwinan seorang lelaki dan perempuan adalah tidak sah dan terbatal tapi dalam masa yang sama hakim menyatakan status mereka sebagai suami dan isteri adalah kekal.
Dengan keputusan hari ini dipercayai percubaan Isa Samad untuk hadir Mesyuarat Agung KPF esok dan dilantik sebagai ahli Lembaga atau Pengerusi KPF tidak akan berjaya.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan