Rancangan PKR untuk membiaya pendidikan tinggi
percuma melibatkan dana berjumlah RM2.5 bilion setahun bagi menyediakan
elaun RM5,000 kepada setiap 500,000 penuntut universiti setiap tahun.
Pengarah strategi parti itu Rafizi Ramli berkata jumlah tersebut akan dapat menampung perbelanjaann asas pelajar, manakala yuran pengajian pula akan diberikan percuma.
Katanya, elaun sebanyak RM5,000 itu boleh digunakan untuk mengimbangi yuran pengajian.
Rafizi berkongsi tawaran Pakatan Rakyat kepada sekumpulan siswa di Shah Alam.
Katanya, Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional yang menyediakan pinjaman murah kepada siswa tidak dapat dilestarikan.
Katanya, hutang siswa sebanyak RM24 bilion kepada PTPTN itu akhirnya perlu ditampung oleh kerajaan.
Rafizi bagaimanapun enggan mendedahkan butiran rancangan berkenaan. - Malaysiakini
[Baca berita penuh]

Tiada ulasan:
Catat Ulasan