Salehuddin
Ayob perlu bertanding di DUN Maharani & Parlimen Muar
Posted on Thursday, April 05 @ 16:30:00 PDT
Dilulus
untuk paparan oleh teori
Oleh: anak_muar
"Berita panas mengenai
Naib Presiden PAS YB Salehuddin Ayob akan kembali ke negeri kelahirannya
iaitu Johor mula menggamatkan lagi suasana politik negeri yang dianggap
kubu kuat UMNO itu.Salehuddin yang telah ditabalkan bakal MB Johor yang
baru sekiranya PR dapat menawan Negeri Johor pada PRU-13 akan datang
tidak lama lagi.Berita ini telah membuatkan pemimpin-pemimpin UMNO Johor
berasa tidak senang duduk apabila tokoh muda pemimpin PAS ini mahu
kembali bertanding ke Johor.
Namun pengesahan kawasan DUN ataupun
kerusi Parlimen mana yang akan ditandingi oleh Salehuddin di Negeri
Johor belum diputuskan lagi.Apapon kepulangan Salehuddin begitu
dinanti-nantikan oleh seluruh rakyat negeri itu samada penyokongPAS
mahupun UMNO.Apa yang pasti tentunya rakyat Johor impikan perubahan
bakal berlaku di negeri selatan yang dianggap sebagai kubu kuat UMNO
dimana lahirnya UMNO di negeri itu.
Pada PRU-12 PAS telah berjaya
membuat kejutan dengan berjaya memenangi 2 DUN di Johor iaitu DUN
Maharani(DR Mat Taslim) dan Sungai Abong(Dr Sheikh Ibrahim) selain
meningkat majoriti sokong yang mendadak.Semua pihak tidak menyangka
terciptanya kejutan dimana PAS berjaya memebangi DUN Maharani yang
terkenal daerah yang banyak melahirkan tokoh-tokoh besar UMNO dan bekas
MB.
Ia
adalah satu petanda yang baik bahawa di DUN Maharani dan Sg Abong telah
menjadi titik tolak kebangkitan PAS-PR dalam usaha menawan Johor.Sudah
tentunya kawasan ini perlu diberikan tumpuan sepenuhnya dengan
terus menguatkan sokongan yang sentiasa positif dari masyarakat
setempat.Sedia Maklum DUN Maharani dan DUN Sg Abong adalah kawasan
campuran pengundi Cina dan Melayu dan ia dikira kawasan bandar yang
membangun.Sokongan pengundi bandar sedia maklum memang sangat-sangat
positif terhadap PR dan ia masih terus kekal dan bertambah baik.
Kerusi Parlimen Muar pula kini
disandang oleh Dato Razali Ibrahim yang kini timbalan Menetri belia dan
sukan yang juga Naib Ketua Pemuda UMNO Malaysia.Namun keputusan PRU-12
yang lepas menunjukkan prestasi sokongan BN turun mendadak apabila
majoriti yang dimenangi oleh BN hanya sekitar 4000 undi sahaja jika
dibandingkan sebelumnya. Namun kerusi ini adalah kouta bagi PKR namun
rundingan boleh dilakukan demi mencapai matlamat yang diimpikan bersama
dalam melakukan perubahan besar terhadap negeri Johor.
Oleh itu berdasarkan faktor
geopolitik Muar ini adalah amat baik YB Salehuddin Ayob yang juga Tokoh
muda PAS ini diletakkan bertanding di DUN Maharani ataupun kerusi
Parlimen Muar yang menunjukkan perkiraan faktor sokongan rakyat
setempat kepada PAS-PR berada pada tahap yang sangat baikPercayalah ia
akan membuahkan hasil impak yang baik kepada lanskap politik Negeri
Johor.Percayalah ahli UMNO sendiri akan teruja mahu melihat anak
kelahiran Johor ini kembali ke negeri kelahiranya dan seterusnya
mencipta sejarah perubahan yang menjanjikan kebaikan.PAS sememangnya
mempunyai peluang yang amat cerah untuk memenangi kerusi di daerah ini.
Insyallah.Allahuakbar
Jumaat, 6 April 2012
Pendapat Anak Muar : Mana Nak Letak Dr Taslim dan PKR
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan