(Gambar) Proton Preve Terbaru Dari Proton Dan Mana Identiti Kita?
Nama kereta model terbaru Proton yang sebelum ini menggunakan kod P3-21A
akhirnya di beri nama Preve yang diambil daripada perkataan Inggeris,
Proof (bukti) dan membawa mesej bahawa kereta itu adalah bukti kepada
visi dan komitmen Proton yang berterusan. Ingatkan nama Proton Tuah atau Jebat yang akan diberikan?
Dengan berkonsepkan sedan keluarga yang elegan dan selesa, Proton Preve
disasarkan untuk pengguna yang sudah berkahwin berusia di antara 20
hingga lewat 40 tahun serta untuk mereka yang ingin memiliki kereta
buatan Malaysia berkongsepkan "family car".
Menggunakan enjin 1.6 Liter, dan teknologi RESS yang akan memastikan
pemanduan dan pengendalian yang cemerlang dan selamat dan model ini
turut direka bagi mencapai standard kualiti seperti kereta dari negara
Jepun.
Didatangkan dengan tiga varian pada harga bermula daripada RM62,000
sehingga RM75,000, dan enam pilihan warna. Proton Preve akan dilancarkan
sedikit masa lagi sebelum memasuki pasaran luar negara.
Ini kata Pengarah Urusan Kumpulan Proton, Datuk Seri Syed Zainal Abidin
Syed Mohamed Tahir sempena pelancaran nama model baru Proton ini:
“Jika ingin ke peringkat global, nama yang dipilih juga haruslah sesuai dan bersifat antarabangsa. Justeru itu, kami memilih Preve bagi membuktikan ianya lebih bermakna,”
INSPIRASI : Realitinya, kenapa nak bangga sangat dengan nama dari bahasa luar? Kenapa tidak digunakan nama tempatan yang sebegitu banyak? Dah tak sedap gamaknya nama yang ada dalam negara kita, sehingga terlalu mengagung-agungkan nama dari bahasa luar. Bukankah nama Tuah, Jebat dan pelbagai yang dicadang sebelum ini lebih menarik untuk ditonjolkan di luar negara, bahawa negara kita mempunyai nama yang baik dan sedap di dengar. Kalau kita sendiri malu dengan nama kita, bagaimana kita nak ada identiti sendiri sampai bila-bila? Kalau betul berkualiti, orang luar tahu menilainya dan bukan hanya pada nama. Nama itu pula sepatutnya, melambangkan identiti negara pengeluar dan sepatutnya kebanggaan kita.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan