Post Terbaik Blog

Pengikut ana

Selasa, 24 April 2012

Kempen Dana PRU13 Dun Kahang




Pada 22 April 2012 berlangsung program taklimat dan motivasi mengumpul tabung dana pilihanaraya ke 13 di rumah Sdr Kornain, Bandar T6.

Ustaz Mohd Nizam Al-Hafidz dari Simpang Renggam telah sudi meluangkan masa (walaupun sedang bercuti kerana isteri melahirkan anak perempuan) untuk memberi penerangan betapa pentingnya kita suburkan sedekah lebih-lebih lagi bagi membiayai perjuangan memenangkan Islam.

Mahu Islam menang dan memerintah tetapi pengorbanan kita terlalu sedikit dan bertaraf ciput, langsung  tak setara dengan matlamat yang tinggi itu.

Alhamdulillah yang kita sasarkan RM8 ribu pada hari tersebut sahaja, hadirin telah berjaya mengumpul RM3100, Insyaallah akan bertambah sumbangan ini dengan keikhlasan semoga para penderma yang membantu ini mendapat pahala ganjaran seperti menyumbang kepada perjuangan jihad fi sabilillah.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan