Kedudukan Shahrizat: PM akan umum pada waktu sesuai..he..he..ada berani..!!
"Pelbagai khabar angin...kita akan membuat pengumuman (pada waktu) yang bersesuaian," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Program Jelajah Sayang 1Malaysia di Stadium Perbandaran Pasir Gudang di Pasir Gudang hari ini yang turut dihadiri Shahrizat.
Turut hadir isteri Perdana Menteri Datin Seri Rosmah Mansor, Menteri Besar Johor Datuk Abdul Ghani Othman serta Menteri Pengajian Tinggi Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin.
Perdana Menteri berkata demikian ketika diminta mengulas desas-desus yang mengatakan Sharizat akan mengumumkan peletakan jawatan beliau sebagai menteri dan Ketua Pergerakan Wanita Umno dalam majlis yang dihadiri lebih 20,000 anggota Wanita Umno serta sayap parti dari seluruh negara itu.
Sebelum itu, media dimaklumkan satu pengumuman penting akan dilakukan dalam majlis tersebut menyebabkan setiap butiran ucapan Sharizat itu didengari dengan teliti.
Sebelum sidang media itu, Shahrizat juga kelihatan berbincang dengan perdana menteri beberapa ketika sebelum Najib memberitahu perkara itu akan diumumkan pada waktu yang sesuai tanpa mahu mengulas lanjut soal berkenaan.
Shahrizat yang dilantik sebagai senator pada 9 April 2009 akan tamat tempoh penggal sebagai Senator pada 8 April ini.
Isu peletakan jawatan timbul apabila beliau terpalit dalam isu National Feedlot Corporation (NFC) yang diterajui suaminya Datuk Dr Mohamed Salleh Ismail yang terlibat dalam projek lembah daging Pusat Fidlot Nasional di Gemas, Negeri Sembilan.
Beberapa individu sebelum ini termasuk bekas Ketua Wanita Umno Tan Sri Rafidah Aziz meminta Shahrizat melepaskan jawatan untuk mengelakkan ia menjadi bebanan kepada parti.
Bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad juga menasihatkan Shahrizat agar "jangan sayang kepada jawatan."
- Bernama
Tiada ulasan:
Catat Ulasan