Post Terbaik Blog

Pengikut ana

Selasa, 20 Mac 2012

Sokong Yahudi sekiranya mereka menghormati rakyat Palestin

Anwar Tidak Sokong Israel Secara Membuta Tuli

Oleh: ruhan

Saya telah membaca satu analisis yang dibuat oleh blog Pencacai Minda Intelek Melayu tentang isu Anwar sokong Yahudi. Penganalisisan yang dibuat oleh blog itu telah menjadi pegangan semua pihak yang selama ini cenderung menggunakannya untuk menghentam ketua pembangkang itu, termasuk Menteri Luar Malaysia. Namun demikian, setelah diteliti dan dinilai secara saksama, saya mengambil keputusan untuk menyatakan perkara-perkara di bawah.

PETIKAN ASAL

“I support all efforts to protect the security of the state of Israel,” said Mr. Anwar, although he stopped short of saying he would open diplomatic ties with the Jewish state, a step which he said remains contingent on Israel respecting the inspirations of Palestinians. Malaysia has consistently refrained from establishing diplomatic relations with Israel, although limited commercial ties exist between private companies in the two countries.

TERJEMAHAN BLOK MINDA INTELEK MELAYU

“Saya menyokong segala usaha untuk melindungi keselamatan negara Israel,” kata Encik Anwar, walaupun dia berhenti pendek berkata beliau akan membuka hubungan diplomatik dengan negara Yahudi itu, satu langkah yang katanya kekal luar jangka ke atas Israel menghormati aspirasi rakyat Palestin. Malaysia secara konsisten tidak menjalin hubungan diplomatik dengan Israel, walaupun terhad hubungan perdagangan yang wujud di antara syarikat-syarikat swasta di kedua-dua negara.

ANALISIS BLOK MINDA INTELEK MELAYU

Sebenarnya, ada dua perkara yang diterangkan di dalam perenggan tersebut yang tidak semestinya bersangkutan di antara satu sama lain.

1 Anwar Ibrahim menyokong segala usaha demi melindungi keselamatan Negara Israel.

2. Anwar berhasrat mahu membuka hubungan diplomatik dengan negara Israel bergantung kepada aspirasi rakyat Palestin.

Lumrahnya, ayat 'menyokong segala usaha demi melindungi keselamatan negara Israel' merupakan satu kenyataan ganjil yang keluar daripada mulut individu yang mengakui dirinya umat Islam.

Sama ada anda ahli UMNO atau PAS atau PKR atau pun atas pagar, ayat tersebut tidak mungkin terfikir di otak filiran kita ini kerana 'menyokong segala usaha demi melindungi keselamatan negara Israel' juga boleh dimaksudkan menyetujui tindakan Israel menyerang negara Palestin yang dianggap mengganggu-gugat keselamatan negara tersebut.

Israel boleh buat apa sahaja untuk melindungi negara mereka dan Anwar Ibrahim akan menyokongmereka?

Tidakkah janggal dan sungguh pelik tetapi dalam masa yang sama menimbulkan rasa mual terhadap ketua pembangkang tersebut?

Anwar Ibrahim jangan salahkan media perdana atau pemimpin lain jika mahukan penjelasan tentang kenyataan beliauitu.

Dan beranikah suspek liwat itu menyaman The Wall Street Journal atau menegur mereka?

ANALISIS SAYA

Secara keseluruhannya, terjemahan di atas amat rendah mutunya. Buktinya, proses itu dilakukan dengan menterjemah perkataan demi perkataan.

Oleh sebab itu, bunyinya canggung. Orang Melayu tidak kata berhenti pendek, sebaliknya berhenti seketika. Begitu juga halnya dengan ungkapan kekal luar jangka ke atas. Inilah kelemahan menterjemah perkataan demi perkataan.

Sepatutnya anak ayat dalam keseluruhan ayat itu difahami maksudnya dahulu sebelum menterjemah. Kita semua tahu bahawa untuk melihat Israel menghormati aspirasi rakyat Palestin berada di luar jangkaan masyarakat dunia.

Fakta inilah yang lebih menepati maksud anak ayat itu.

Ayat yang kedua dalam petikan itu diabaikan dalam analisis ini kerana tidak menimbulkan apa-apa kontroversi, sekurang-kurangnya dalam kes ini.

Sehubungan itu, apakah terjemahan yang lebih tepat kepada ayat pertama dalam petikan itu?

“Saya menyokong segala usaha untuk melindungi keselamatan negara Israel,” kata Encik Anwar, walaupun dia berhenti seketika (sebelum menyambung) dengan berkata beliau akan membuka hubungan diplomatik dengan negara Yahudi itu, satu langkah yang dianggapnya kekal di luar jangka terhadap (kesediaan) Israel menghormati aspirasi rakyat Palestin.

Oleh sebab itu, saya tidak boleh terima ungkapan tidak semestinya bersangkutan dalam analisis tersebut. Sesiapa pun sepatutnya mengetahui bahawa ayat yang dibina dalam petikan itu ialah ayat majmuk.

Menurut hukum tatabahasa, dalam tiap-tiap ayat majmuk ada lebih daripada satu ayat yang berhubung antara sama lain bagi melengkapkan maksudnya. Untuk menyatakannya tiada bersangkutan adalah sesuatu yang tidak masuk akal.

Dalam agama Islam pun kita tidak boleh menyebut La ilah untuk kalimat La ilah haillallah kerana maksudnya ialah tiada Allah.

Mengapa penganalisis memilih untuk mentafsir ayat tersebut mengikut acuan ini menjadi tanda tanya saya pada mulanya.

Namun, tanda tanya saya terjawab setelah bertemu dengan dua fakta yang dinyatakan oleh penganalisis selepas terjemahan itu. Saya terkejut membaca fakta pertama itu.

Mana mungkin fakta itu dianggap sebagai inti maksud sedangkan ada berjela-jela lagi pernyataan yang mengikutinya.

Sekali lagi saya menemui jawapan terhadap pilihan yang dibuat oleh penganalisis. Mind setnya yang sedia ada adalah bukan sahaja untuk menghunjam si penutur malahan juga mengharapkan pembaca mempercayai kata-katanya dan timbul syak wasangka terhadap penuturnya.

Perbuatan ini tidak dianjurkan oleh Islam. Tidak wajar sama sekali membuat kesimpulan di pertengahan jalan.

Saya lebih tergamam apabila membaca ungkapan ‘mahu membuka hubungan diplomatik dengan negara Israel bergantung kepada aspirasi rakyat Palestin’.

Penganalisis tidak memberikan apa-apa alasan untuk berpegang kepada kesimpulan yang dibuatnya.

Ini satu tindakan yang berbahaya dalam penulisan, kecualilah dia benar-benar ada niat untuk mengelirukan pembaca! Kemungkinan itu tidak boleh ditolak dalam analisis ini jika kita memberi tumpuan kepada terjemahan longgar yang dibuatnya.

Cara dia menyorokkan ungkapan ‘Israel menghormati aspirasi rakyat Palestin’ menyerlahkan niat sebenar penganalisis. Atas maksud itulah penutur dilanyak habis-habisan. Keadilan telah dinafikan.

Subahat yang diutamakan. Ini pegangan orang yang taksub kepada sekularisme dan tidak hiraukan adab yang diajarkan oleh agama suci kita, Islam.

Berdasarkan kesimpulan di atas, tidaklah begitu menghairankan jika penganalisis dengan angkuh dan sombongnya mengungkapkan semua ayat selepas mengutarakan dua perkara itu.

Riak dan ujub terpancar dengan jelas dalam semua pernyataan yang dicatatkannya. Saya sesungguhnya berasa amat sedih kerana penganalisis memilih teknik dan taktik yang sumbang dalam menyampaikan hujah-hujah separuh masaknya.

Di samping itu, penganalisis telah menyerlahkan sikap berpihak dalam penulisannya. Apabila sikap itu dipraktikkan dalam penulisan, maka penuhlah isi kandungannya dengan prasangka dan niat buruk. Bukankah Islam mengatakan sikap-sikap negatif itu amalan syaitan?

KESIMPULAN

Tidak ada isu sebenarnya dalam laporan media yang dimaksudkan. Isu hanya timbul setelah kandungannya diputarbelitkan oleh pihak yang nampaknya tidak bertanggungjawab.

Walau apa-apa pun yang berlaku, sesuatu yang pasti menurut ketentuan Allah ialah kebenaran pasti mengatasi kebatilan. Isu ini sepatutnya menjadi pengajaran kepada umat Islam tentang peri pentingnya menyebarkan maklumat yang bukan sahaja betul tetapi benar.

Kebatilan tidak akan berjaya walau secanggih mana sekalipun sesuatu itu diolah atau digubah. Fakta sebenarnya ialah Anwar hanya menyokong Israel sekiranya negara itu menghormati aspirasi rakyat Palestin. Wallahu’aklam!!!

Tiada ulasan:

Catat Ulasan