Post Terbaik Blog

Pengikut ana

Jumaat, 16 Mac 2012

Syarikat Rugi Peneroka Pula Disalahkan? Baca sampai habis?

Biarlah mereka yang mahir jadi nakhoda



Sebuah syarikat tersenarai di Bursa Malaysia Silver Bird Group Bhd. mengalami kerugian dan saham menjunam. Ini akibat kegagalan anak anak syarikat menjelaskan kommitmen kewangan sebanyak RM 5.37 juta, lantas Bursa Malaysia meletakan syarikat ini dalam perhatian.
Laporan Malaysian Reserve:

Silver Bird shares plunge more than 50%, 3 top execs suspended

Friday, 02 March 2012 10:48 John Gilbert & Anuja Ravendran 0 Comments
E-mailPrintPDF
Silver Bird Group Bhd shares plunged by more than 50% yesterday, wiping off RM81.3 million of its market capitalisation as the share closed the day at 20.5 sen, after investors reacted negatively to the news of posssible financial irregularities of about RM111.5 million.
The news also saw three of its top executives suspended from their duties.
The share price has been on a steady decline for the last five years from about RM1 per share in early 2009.
According to Bloomberg, Lembaga Tabung Haji (LTH) holds the largest stake at 22% in the company while Berjaya Corp Bhd (BCorp) owns almost 21%.
The other substantial shareholders are Koperasi Permodalan Felda Malaysia Bhd (KPF) which owns 12.7%, Silver Bird group managing director Datuk Jackson Tan Han Kook and a private equity firm CVC Ltd who hold 12.8% and 9.1% respectively.
With the current share price plunge, LTH’s investments would have depreciated by RM18 million while BCorp and KPF would see their investments shrink by RM16.7 million and RM10.33 million respectively.
In a press release yesterday, RAM Rating Services Bhd announced that it has downgraded the respective long-term and short-term ratings of Silver Bird’s RM30 million commercial papers/medium-term notes programme for 2005/2012 (CP/MTN) from A2 (negative outlook) and P2 to C3 and NP respectively.
It also placed Silver Bird on “Rating Watch”, with a negative outlook, it said.
“The steep downgrade is premised on the heightened likelihood of default on the group’s CP/MTN following a series of unfavourable developments announced on Feb 29,” it said.
On Wednesday, the company announced to Bursa Malaysia that it has suspended Tan, executive director Ching Siew Cheong and general manager for accounts and finance Lai Poh Mei on full pay and benefits with effect from Feb 24, 2012, to facilitate the conduct of an internal inquiry into allegations of, among others, irregularities in the company’s accounts.
All three involved parties were unable to obtain the relevant supporting evidence and satisfactory explanations over the validity and recording of certain transactions.
The company revealedon Wednesday that Standard Confectionery Sdn Bhd, Stanson Marketing Sdn Bhd and Stanton Bakeries Sdn Bhd, all wholly owned subsidiaries of Silver Bird, were found in default of banking facilities repayments amounting to about RM5.37 billion to their lenders, comprising Bank Islam Malaysia Bhd, Malayan Banking Bhd and CIMB Bank Bhd.
The company officials were unreachable at press time.
Silver Bird is principally engaged in the business of bakery manufacturing, sales and distribution of bakery, and wholesale and logistics of bakery ingredients.
Silver Bird’s board members are Datuk Dr Gan Khuan Poh, who is the chairman and independent non-executive director, Tan, Ching, independent non-executive directors Lim Hock Chye, Richard George Azlan Abas and Datuk Seri Talaat Husain.
Non-independent non-executive directors are Peter John McLoghlin, Datuk Lee Kok Chuan, Adi Azuan Abdul Ghani and Vanda Russell Gould, who is also the alternate director to McLoghlin.
The company posted a profit of RM4.9 million for its fourth-quarter unaudited results in October last year, a 35% jump from the previous year, while revenue increased by only 3%.
************
Keadaan begitu mengancam apabila timbul khabar bahawa kemungkinan berlaku skandal kewangan sehingga berjumlah RM 115 juta. Kedudukan kecairan dan kemampuan modal cair juga diturun-nilaikan oleh agensi penilai kewangan. Akibatnya, nilai saham Silver Bird menjunam sebanyak lebih 50% dari nilai pasaran.
Carta menunjukan nilai pasaran saham Silver Bird menjunam
Antara pelabur yang menerima kesan negatif dari keadaan yang melanda Silver Bird ini ialah Koperasi Permodalan FELDA (KPF). Pengecutan nilai pasaran Silver Bird bermakna setakat ini KPF telah hilang lebih RM 10 juta.
Banyak persoalan timbul:
  1. Adakah tiga pemegang saham terbesar Silver Bird termasuk KPF berada keadaan ‘alpa dan lena’ selama ini? Apakah wakil mereka dalam Lembaga Pengarah Silver Bird tidak menjalankan tug as dan tanggungjawab sebagaimana yang diharapkan? Yang nyatanya, keadaan tidal akan menjadi pariah sehingga tahap ini secara mendadak tampa berlaku sebarang proses dimana kedudukan kewangan dan kecairan kumpulan makin tiris dan sepatutnya BOD mempersoalkan dalam mesyuarat lembaga.
  2. KPF merupakan koperasi yang mewakili 112,635 peneroka FELDA dan dana KPF merupakan sebahagian dari simpanan dan pelaburan strategik peneroka dan sebahagian dari warga kerja FELDA. Apakah pengurusan tertinggi KPF tidak menimbangkan ini semua dalam urusan pelaburan mereka?
  3. Pelaburan KPF dalam Silver Bird meningkat mendadak dari 1.74% naik ke 8.55% pegangan dalam Silver Bird pada tahun 2009. Ini ialah tahun pertama Pengarah Besar FELDA Dato’ Dzulkilfli Abdul Wahab dilantik sebagai Pengerusi KPF, sesuai dengan kedudukan sebagai Pengarah Besar. Pelaburan dalam Silver Bird ditambah dan sehingga 2011, KPF menjadi pemegang saham ketiga terbesar dengan 13.36% Silver Bird.
  4. Kalau dikaji prestasi dividen Silver Bird, dividen pertamanya diisytiharkan pada tahun 2005 iaitu 4% dan selepas itu, tiada dividen langsung diisytiharkan. Apa yang menghairankan, selalunya prestasi dividen adalah antara faktor utama yang diambilkira apabila melabur. Tetapi KPF sebaliknya, dividen tiada diisytiharkan tetapi pelaburan ditingkatkan. PNB dan KWSP nak melabur pun tengok prestasi dividen.
  5. Sekiranya dilihat pada penyata kewangan KPF bagi tahun 2010, kos per unit Silver Bird seperti yang dinyatakan dalam Sekuriti Pasaran bagi tahun 2009 adalah 75 sen seunit. Hari ini saham Silver Bird di Bursa adalah sekitar 22 sen sesaham. Maknanya, KPF telah kerugian 53 sen seunit saham Silver Bird atau 70.67% dari nilai kos pembelian saham
  6. Sebagai pemegang saham ketiga terbesar dalam Silverbird, KPF tiada langsung mempunyai wakil dalam lembaga pengarah. Adakah Silver Bird adalah pelaburan yang kurang bijak oleh KPF? Adakah lagi pelaburan seperti ini dalam senarai syarikat dimana KPF melabur?
  7. ‘Khabar dari pasaran’ (market talk) KPF menambahkan pelaburan sebab dijanjikan dengan pulangan dividen dan sebagai timbal balas, Silver Bird akan bantu FELDA dalam program Gedung Makanan Negaranya. Ianya berkemungkinan atas andaian bahawa gula boleh diperolehi dengan kos yang lebiih rendah untuk pembuatan kek dan roti High Satu lagi ialah hasil minyak sawit adalah bahan asas untuk susu pekat, iaitu kerjasama strategik yang kunun kununnya mampu mendatangkan hasil bagi kedua dua pihak. Hakikatnya, adakah ianya memberikan kelebihan bagi FELDA atau Silver Bird?
  8. Pada tahun lepas, Silver Bird memohon untuk membekal roti dan susu kepada semua sekolah dalam tanah rancangan FELDA yang jumlahnya hampir RM100 juta tetapi berjaya disekat. Kontrak yang diberi cuma untuk sekolah terpilih dengan jumlahnya adalah lebih RM1 juta. Persoalan timbul, sejak bila Silver Bird mempunyai produk tenusu?
  9. Difahamkan Dato’ Dzulkilfli semakin rapat dengan pengurusan tertinggi Berjaya Group selepas kerjasama KPF dalam Silver Bird. Lagi satu projek FELDA dengan Berjaya Group adalah dengan Kelab bola sepak Cardiff City — telah menandatangani memorandum persefahaman dengan FELDA bagi membawa pembangunan komuniti melalui bola sepak di kalangan keluarganya. Antara bidang utama yang diberi perhatian adalah bagi membangunkan satu kurikulum berasaskan sukan bagi pelajar sekolah menengah tinggi, kemahiran bahasa Inggeris dan kejurulatihan dan pendidikan akar umbi. Perjanjian itu ditandatangani oleh Pengarah Besar Felda, Datuk Dzulkifli Abdul Wahab dan Pengerusi Cardiff City, Datuk Chan Tien Ghee di stadium kelab di sini, dalam masa terdekat.
  10. Pembangkang tidak putus putus menengahkan bahawa pelaburan FGVH rugi. Bendahari KPF wajar menjelaskan maksud muka surat 6 buku Penyata Kewangan bagi tahun berakhir 31 Disember 2010
Apa yang lebih menghairankan ialah Pembangkang seperti Presiden ANAK Mazlan Aliman, yang juga AJK Pusat PAS tidak ikhlas dalam kunun kunun perjuangan membela 112.635 peneroka dan 1.3 juta warga FELDA.
  1. FELDA Trading Sdn Bhd, subsidiari KPF mengalami kerugian terkumpul sebanyak RM 66,147,598 bagi tahun kewangan 2009 sementara KPF Holdings Sdn Bhd dilaporkan mengalami kerugian bersih sebanyak RM 46,439 pada tahun kewangan 2009
  2. Mengapa Mazlan Aliman yang kunun kunun begitu bersungguh ingin menyelamatkan KPF daripada kerugian tidak mempersoalkan isu Silver Bird dan kerugian yang dialami oleh syarikat-syarikat subsidiari KPF? Kenapa ANAK tidak memperjuangkan isu pelaburan peneroka lenyap?
Ataupun sebenarnya ‘musuh dalam selimut’ bersekongkol dengan ANAK untuk diam dan hanya memberi perhatian kepada isu yang membolehkan Pembangkang menangguk di air keruh, demi politik sempit dan bankrap mereka? Ini amat jelas apabila tumpuan bagi pengurusan tertinggi Lembaga FELDA dan ANAK hanyalah fokus kepada apabila YB Tan Sri Mohd. Isa Abdul Samad dilantikan semata mata.
Untuk rekod, perlantikan Tan Sri Isa sebagai Pengerusi Lembaga FELDA, FELDA Global Ventures (FGV) dan KPF ialah atas keputusan dan arahan Perdana Menteri Dato’ Seri Mohd. Najib Tun Razak, sebagai rancangan ‘Transformasi dan Plan Strategik Bagi Masyarakat FELDA’. Ini termasuk rancangan penyenaraian FELDA Global Ventures Holdings di Bursa Malaysia.
Pengalaman KPF dalam Silver Bird ini banyak persoalan timbul yang wajar dijawab oleh KPF, terutama Pengerusinya Dato’ Dzulkifli Abdul Wahab. Inilah bahana mempercayai golongan bukan pakar dan mahir (dalam dunia perniagaan dan korporat) untuk menjadi nakhoda.
Jangan biarkan pisang berbuah dua kali. Masa depan dan pelaburan 112,635 peneroka FELDA jangan diperjudikan untuk kepentingan peribadi individu tertentu. - bigdogdotcom

Tiada ulasan:

Catat Ulasan