Post Terbaik Blog

Pengikut ana

Sabtu, 3 Mac 2012

Fitnah Gambar Khalwat Badrulamin..Blogger Umno Kantoi...


Susulan kes kontroversi "khalwat" yang dikatakan melibatkan tokoh agama yang juga pimpinan tertinggi PKR, Ustaz Dr.Badrul Amin Bahron (foto) Ahad lalu maka berbagai-bagai persepsi dan versi cerita telah diwar-warkan.

Malah di Jabatan Agama Islam Pahang (JAIP) sendiri pun kini berbagai persoalan dan kenyataan pro dan kontra dalam isu ini. Apa yang ingin PDO huraikan di sini ialah persoalan tentang bagaimana begitu cepat blog-blog pro UMNO boleh menghidu kejadian itu, sedangkan pihak JAIP membuat operasi sekitar jam 4.00 pagi.

Seolah-olah memang sudah ada usaha untuk meletopkan isu ini sebelum Himpunan Hijau 2.0 berjalan pada keesokkan harinya. Malah, PDO juga hairan bagaimana mereka boleh menyiarkan gambar-gambar yang kononnya dirakamkan di dalam bilik semasa kejadian?.

JAIP harus memantau perkara ini, bagaimana bukti dan bahan-bahan kes boleh terlepas kepada blogger-blogger terbabit. Kes ini sama juga dengan isu video seks Anwar sebelum ini. "Trio Datuk T" kata mereka ada VCD tulen dan ia diserahkan kepada pihak polis Bukit Aman semasa siasatan.

Anehnya, dalam masa yang sama video panas berkenaan tersiar di internet dan kemudian hilang selepas ia dihebahkan. Maknanya, barang kes begitu mudah jatuh ke tangan blogger-blogger terbabit.

Soalnya, jika kes yang berlaku itu benar atau sahih maka tidak mungkin ada pihak luar yang boleh begitu cepat datang ke lokasi dan mengambil gambar-gambar berkenaan. Inilah yang memusykilkan kita. Malah, penyiaran gambar yang paling sensasi telah dilakukan dalam blog "Khazanah Minda Politik Melayu" .

Blog terbabit begitu rakus dan berbangga kononnya mereka berjaya menyiarkan gambar Dr.Badrul Amin dan pasangannya ketika ditangkap. Cuba lihat foto dibawah seperti yang disiarkan di laman blog terbabit atas tajuk "Bukti Bergambar: Ketika Badrul Amin Di Tangkap". Krew PDO cuba menyiasat apakah benar gambar yang disiarkan ini atau setidak-tidaknya 99.9% tulen, agar rakyat boleh menilainya.

Namun, sesuatu yang memalukan telah berjaya kami bongkarkan. Sebenarnya gambar-gambar yang disebarkan itu bukanlah gambar Ustaz Badrul Amin dan pasangannya seperti yang diperkatakan itu.

Bukti, keratan artikel yang disiarkan di blog beliau itu

Ini pula kekeliruan gambar berkenaan yang telah kami kesan selepas itu

Rasionalnya, bilik kejadian bukanlah bilik Dr.Badrul Amin, maka kenapa gambar lelaki dalam gambar memegang beg hitam. Bukankah dia bermalam di situ bersama isterinya dan ini bermakna beg beliau berada dalam bilik mereka. Kenapa pula boleh ada di tempat lain?.

Keduanya, ada kelibat wanita bertudung hitam di belakang (anak panah). Bagaimana pula wanita itu boleh ada dalam bilik?, sedangkan semasa tangkapan dikhabarkan hanya wanita (isteri pengadu) yang ada disitu dan yang lain semuanya lelaki. Malah lebih memusykilkan, ketika penguatkuasa JAIP tiba, Dr.Badrul Amin berada di dalam bilik berkenaan sambil dikawal oleh beberapa orang lelaki (dipercayai rakan suami wanita terbabit).

Maka, macam mana pula gambar yang disiarkan ini menunjukkan mereka berdua berada dalam bilik dan keluar bersama dengan menutup kepalda dengan tuala putih. Dan yang terakhirnya, bagaiamana pula tangan Dr.Badrul Amin boleh bergari?.

Sedangkan ketika ditahan beliau tidak digari pun. Malah ia disahkan oleh beberapa orang saksi yang berada di tempat kejadian. Maka , kenapa gambar itu menceritakan sebaliknya?. Ini jelas menunjukkan pihak berkenaan mempunyai muslihat tertentu untuk memalukan tertuduh, sedangkan isu tersebut tidak timbul sebenarnya. Maka, kenapa mereka cipta fitnah ini?.

[PDO bukanlah hendak mendahulu mahkamah dalam hal ini. Namun, apa yang mengarut dan tidak betul perlulah didedahkan bagi memberi keadilan kepada semua pihak. Malah, tindakan menyiarkan gambar palsu ini juga menjejaskan nama Jabatan Agama Islam Pahang (JAIP) sebenarnya.

Justerru, pihak berkenaan juga perlulah mengambil tindakan saman terhadap blogger dan portal-portal yang menyiarkan gambar-gambar ini. Soal tangkapan atau siasatan JAIP itu adalah hal lain, Namun apa yang kami pertikaikan kenapa gambar ini dikatakan Dr.Badrul Amin?.

Apakah mereka lupa ketika operasi Dr.Badrul Amin bersendirian di dalam bilik sedangkan pasangannya dan anak beliau berada di luar bilik. Makanya, tidak perlulah mereka cerita yang mengarut dan menyebabkan rakyat keliru dengan fakta sebenar kes ini.

Apapun, biarlah pihak JAIP menyiasat dan mengambil tindakan susulan atas apa yang berlaku. Andai bersalah, sila dakwa Ustaz Badrul Amin, tapi jika tidak maka bersihkanlah namanya. Jangan biarkan jabatan agama juga terpalit dengan fitnah melampau ini].PDO
http://siasahkini.blogspot.com/2012/03/fitnah-gambar-khalwat-badrulaminblogger.html"

Tiada ulasan:

Catat Ulasan