Post Terbaik Blog

Pengikut ana

Sabtu, 3 November 2012

Tulah Menyerang Afganistan, Malapetaka Terpanjang Amerika

Afghanistan telah menjadi konflik yang terpanjang dalam sejarah Amerika, bahkan melebihi perang Vietnam. Kemarin perang Afghanistan memasuki bulan ke-104, dengan 30,000 tentera Amerika yang diberangkat pada semester pertama tahun ini saja.

Para perajurit AS pulang kembali dari Vietnam selepas 103 bulan pertempuran. Sokongan awam terhadap perang ini turun drastik seiring jumlah korban tewas yang terus meningkat, seperti yang juga berlaku di Vietnam.

Lebih daripada setengah orang Amerika sekarang percaya bahawa pertempuran di Afghanistan sangat tidak sepadan dengan bayaran yang sudah dikeluarkan. Pada tahun 1961, Presiden AS yang baru dipilih, John F. Kennedy, menghantar 100 penasihat ketenteraan yang pertama bersama dengan satu unit khas dengan 400 tentera ke Vietnam.

Pada tahun berikutnya, AS menambah jumlah tenteranya di Vietnam menjadi 11.000 tentera. Pada tarikh 2 Ogos 1964, dua kapal pesiar Amerika di tembaki oleh kapal-kapal rondaan Vietnam Utara di Teluk Tonkin.

PRSB : Sekarang Amerika yang dasarnya untuk menjajah cara moden dunia melalui ekonomi kapitalis dan budaya hedonismenya sedang menghadapi sakarat berdepan dengan tentera Allah yang terdiri dari angin, air yang  bertukar menjadi taufan mega dasyat Sandy...ekonomi jatuh, hutang bertrillion-trillion dan malapetaka memusnahkan hartabenda...

Tiada ulasan:

Catat Ulasan