Tanah perkuburan Tmn Sri Lambak walaupun baru masuk 2 tahun di gazetkan sudah menerima ramai penghuni terdiri dari almarhum dan almarhumah ahlil kubur. Hari ini wakil dari Jalan Yakin 2 dijemput Allah SWT. Baru lepas dikebumikan sebentar tadi.
Sesekali imam baca talkin berderau hati memandangkan amal kita yang sedikit dan dosa yang banyak, bagaimana nak menghadap tuhan dalam keadaan belum bersedia.
Talkin itu bagus juga tetapi macam seolah-olah ia ditujukan kepada si mati saja, sepatutnya tujuan ialah untuk mengingatkan yang hidup, yang dah meninggal dah lah, terputus amalannya, kecuali doa anak yang soleh, amal jariah dan ilmu yang bermanfaat yang diajarkan kepada manusia semasa hayatnya.
Sesekali imam kenalah tazkirahkan orang yang hadir, bagi ingatan bahawa si mati telah meninggalkan kita, apa yang dibawa olehnya?
Apakah pangkat darjah kebesaran yang dibawa mati, jawatan yang tinggi, rumah besar, kereta mewah, isteri-isteri yang cantik, anak-anak kesayangan, kawan-kawan minum teh tarik, masyarakat rewang, geng kenduri, ketua yasinan, baju sutera, kasut buaya?....
Tak ada apa yang di bawa, hanya 3 lapis kain kapan sahaja yang yang dibawa bersama... jadi janganlah terpesona dengan nafsu dunia yang tak pernah puas, kembali kita memperbanyak amal, solat berjamaah, membaca Al-Quran, rajin ke ceramah mencari ilmu, menyokong pemimpin dan jamaah yang memperjuangkan Islam, pemimpin yang isterinya menutup aurat, hantar anak ke sekolah Pasti dan Sekolah aliran agama, biar jadi ulamak yang bakal mendoakan kita bila kita tiada...
PRSB
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan