Post Terbaik Blog

Pengikut ana

Sabtu, 10 November 2012

Apakah Ini Malapetaka Menghalang Kebangkitan Oren di Felda Lawin Selatan






Pemuda berbaju merah yang menghalang peserta konvoi ini dikatakan seorang askar yang pulang bercuti dan ayahnya seorang peneroka di Felda Lawin Selatan ini. (Info terkini daripada facebook: ayah beliau baru saja meninggal dunia hari Isnin lalu.


Kembara Konvoi Oren Selamatkan Felda yang berlangsung Sabtu lalu, mendapat tentangan daripada pihak yang bimbang akan warga Felda mendapat maklumat terkini mengenai perkembangan semasa Felda dan negara.

Konvoi Oren ini yang dipimpin oleh Tuan Haji Razman Zakaria, pada mulanya dapat dilangsungkan dengan jayanya tanpa sebarang gangguan di Felda Lawin Utara.

Namun begitu, apabila menuju ke Felda Lawin Selatan, sekumpulan anggota Rela dan anak-anak muda menyekat kemasukan peserta-peserta konvoi ini ke dalam kawasan Felda tersebut.

Tercetus sedikit huru hara dan keadaan yang tegang apabila kumpulan ini berkeras untuk menghalang Konvoi Kembara Oren daripada memasuki kawasan Felda mereka.

Saya menerima kiriman gambar-gambar sewaktu kejadian Sabtu lalu melalui laman Facebook untuk dikongsikan bersama anda.



"Kamu punya orang kamu (Rela) dan kami punya orang kami (Komando Amal), jika kamu sanggup menjual kami juga sanggup membeli".

Selanjutnya sila baca

1 ulasan: