Post Terbaik Blog

Pengikut ana

Jumaat, 9 November 2012

Foto Qurban 2012

 

MAJLIS KORBAN PERDANA KAW. SEMBRONG

Pada 27 Oktober 2012 (HARI Raya Aidiladha yang kedua) telah diadakan Majlis Korban Perdana di Markas Pas Sembrong. Acara yang bermula pada pukul 8.30 pagi ini melibatkan ramai ahli-ahli PR seperti Dr.N(Timbalan Pengerusi PKR Negeri Johor), 

Ketua Cabang PKR Sembrong dan AJK serta YDP Pas Kaw Sembrong dan AJKnya. Sebanyak 13ekor lembu telah dikorbankan hasil dari pemberian oleh PKR
Sembrong, Pas Sembrong dan NGO Ikram. 

Daging-daging ini telah diagihkan kepada saudara baru dan orang asli Kaw Sembrong serta fakir miskin di Ranting Paloh. Jutaan rasa syukur dihimpunkan pada Allah SWT kerana majlis ini dapat dijalankan dengan lancar.

Ketua Cabang Sembrong mengagihkan daging korban kepada saudara baru.
Daging korban telah diagihkan pada Orang Asli Paloh.
Ketua Cabang Sembrong turut membantu dalam majlis ini.
Dr.N (Timbalan Pengerusi PKR Negeri Johor) turut serta bagi menjayakan Majlis Korban Perdana ini.
Ketua Ranting Paloh juga turun padang walaupun beliau bukan beragama Islam.
Bahagian unit amal menjalankan tugas masing-masing dengan jayanya.Jom Ziarah Blog PKR Sembrong

Tiada ulasan:

Catat Ulasan