Post Terbaik Blog

Sekarang ni musim kecurian khususnya di Masjid?
Percanggahan fakta tentang Sahabat Nabi yang kaya tapi tak mahu berzakat?
Tweet Anwar kena klon kantol ada dua rr, Bulan Ramadan pun nak TIPU
Ijat Tak Tahu Atau Pura-pura Tak Tahu Jangan tipu Dalam Bulan Ramadan ni
Saham Felda merudum, Jaga-jaga wahai peneroka!
Ramalan malapetaka di Sukan Olimpik 2012 dan Big Ben bakal musnah?
Tangkap Saja Individu Yang Jual Tapak Bazar Kepada Warga Asing

Pengikut ana

Jumaat, 13 Julai 2012

Himpunan Oren Anti FGV mendapat kebenaran Polis

"SHAH ALAM - Persatuan Anak Peneroka Felda Kebangsaan (Anak), Mazlan Aliman berkata, pihak polis telah member kebenaran mengadakan Himpuan Oren Selamatkan Felda bagi menuntut hak peneroka di pekarangan Kompleks Mahkamah Kuala LumpurJalan Duta, Sabtu ini.

Mazlan berkata, pihak polis telah membenarkan perhimpunan secara aman itupada jam 2 petang dipekarangan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur bagi mengelak kejadian yang tidak diingini dan atas faktor keselamatan.

“Kita telah berunding dengan pihak polis dan polis telah setuju untuk kami berhimpun di kawasan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur. “Dalam pada masa yang sama kami juga telah menghantar surat memohon kebenaran daripada pihak instana dan masih menunggu tindakan susulan mereka," katanya.

Anak akan menghantar memorandum kepada Istana Negara pada hari yang sama, jam 3.30 petang. Menurutnya, pihak istana telah meminta senarai ahli yang terlibat untk penyerahan memorandum nanti dan meyemak terlebih dahulu.

Menurutnya, mereka telah membuat rundingan sebanyak dua kali dengan pihak polis bagi memberi persetujuan terhadap perhimpunan dan perarakan jalanan yang bakal disertai lebih 20,000 orang yang bermula dari Masjid Persekutuan sehingga ke Kompleks MahkamahJalan Duta.

“Polis memang tak benarkan kami berarak, namun kami telah hantar surat permohonan untuk meneruskan rancangan tersebut. “Kami bagi masa sehingga Jumaat ini (13 Julai) untuk mendapat keputusan daripada pihal berkuasa kerana perhimpunan kami itu adalah secara aman," katanya lagi ketika dihubungi Sinar Harian Online.


"

Tiada ulasan:

Catat Ulasan