Post Terbaik Blog

Pengikut ana

Isnin, 9 Julai 2012

Perkembangan Orang Amerika Masuk Islam Menarik!!

Oleh: halimislam

"Menghadapi bermacam-macam orang dari bangsa dan ideologi yang berbeza, Isa Parada, seorang mualaf Hispanic asal Houston, sedang cuba untuk menghubungkan perbezaan antara komuniti Latin dan komuniti Muslim Amerika, cuba untuk menjadi contoh bagi komuniti Islam Latin yang semakin berkembang.

"Masyarakat Islam dan komuniti Hispanik tidak tahu banyak tentang mereka antara satu sama lain," kata Isa Parada, yang bekerja di beberapa masjid melalui Islamic Society of Greater Houston, kepada Houston Chronicles.

Di New York dan Houston, Parada pernah menjadi aktivis gereja kerana keluarganya yang merupakan paroki Katolik (pengurus dalam suatu wilayah), membaca kitab bersama keluarganya. Masuk Islam pada tahun 1996, dan mendapat tentangan dari keluarganya yang menuduhnya menolak budaya mereka.

"Ketika saya bertaubat, orang Hispanik banyak berfikir saya menolak budaya Latino saya," katanya.

"Mereka fikir saya harus 'menjadi orang Arab untuk menjadi Islam yang baik."

Parada mendapati bahawa masyarakat Islam tidak tahu bagaimana menghadapi masyarakat Hispanik dan kurang mempunyai sumber daya para mualaf yang mampu berbahasa Sepanyol. Bekerja sama dengan Mujahid Fletcher, seorang mualaf Hispanik dari Houston, mereka kini menghasilkan video, fail audio dan kisah-kisah berbahasa Sepanyol untuk mendidik komuniti Hispanik tentang Islam. Mereka melancarkan situ yang disebut Islaminspanish.org.

Selanjutnya Baca SINI "

Tiada ulasan:

Catat Ulasan