Krisis air Selangor di musim hujan?
Dengan musim hujan mutakhir ini,
sukar bagi kerajaan Pusat untuk meyakinkan rakyat bahawa negeri Selangor
akan bakal berdepan dengan krisis bekalan air. Cukup ironis, namun
itulah sajian media BN saban hari kepada rakyat.
Memang benar. Yang dibicara bukannya air mentah atau air dipermukaan
bumi yang dianugerahkan Allah melimpah ruah dalam bentuk hujan. Simpanan
lebih besar lagi dari 7 empangan Selangor adalah air bawah tanah
(ground water) yang jauh lebih lumayan yang juga belum dimanafaatkan.
Mengapa kerajaan Pusat menganggu dan mencabar
kedamaian hidup pengguna dan rakyat di Selangor, Wilayah Persekutuan dan
Putrajaya dengan isu ini? Mengapa mereka mahu cetus rasa takut,
gundah-gulana serta keluh kesah rakyat? Mengapa mereka berhajat bagi
menerbitkan rasa krisis di negeri di bawah Pakatan Rakyat ini?
Sekali lagi AIR cuba dijadi modal politik dan isu untuk menjatuhkan
kredibiliti dan wibawa kepimpinan Pakatan Rakyat di bawah menteri
besarnya. Berdepan dengan pelbagai kebejatan urus-tadbir yang serba
dipertikaikan, khasnya pendedahan pelbagai kes rasuah dan salahguna
kuasa elit pemerintah, kerajaan BN sememang mahu mengalehkan pandangan
rakyat.
Apakah pemimin Umno-BN terlupa bahawa air dan penswastaannya di seluruh
negara, khasnya di Selangor, adalah ‘jenayah’ dan ‘dosa’ yang belum lagi
mereka tebus dan bertaubat? Ceritanya terlalu panjang untuk diziarahi
kembali.baca seterusnya analisis Dr Zul
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan