Post Terbaik Blog

Pengikut ana

Rabu, 19 Januari 2011

Rakyat halau Wanita Pertama

Rakyat Tunisia bangkit memprotes pemerintahan kukubesi 23 tahun
Gambar fail bekas presiden Tunisia semasa berkuasa Zine al-Abidine Ben Ali dengan PM Prancis


Laila isteri yang boros

Tunisia : Dua tiga hari lepas, perkara yang tidak disangka-sangka berlaku. Regim Zine el-Abidine Ben Ali di Tunisia jatuh menyembah bumi.

Mengapakah regim 23 tahun tersebut rebah mendadak?

Khabarnya, salah satu sebab tersungkurnya regim penindas tersebut ialah ekoran ketamakan dan kemewahan isteri Ben Ali: Leila Trabelsi.


Di dunia Arab, Leila digelar Imelda Marcos Arab. Kisah yang meniti di bibir ramai ialah beliau adalah seorang pendandan rambut sebelum berkahwin dengan Presiden Zine el-Abidine Ben Ali. Kegemaran beliau kepada kemewahan memang tidak dapat disangkal lagi.

Meski berasal dari keluarga melarat, kegelojohan Leila di belakang kuasa suaminya iaitu Presiden Tunisia menyebabkan beliau dinamakan sebagai "The Regent of Carthage'.

Carthage adalah sebuah kerajaan purba tidak jauh dari Tunis hari ini. Ia adalah kerajaan Phoenician pada pertengahan abad ke 9 sebelum masehi; seperti kerajaan-kerajaan agung lain ia hancur pada tahun 146 sebelum masehi.

Laporan media menyebut Leila adalah kuasa di belakang Presiden Tunisia dan kegilaannya kepada kuasa, wang, kereta dan kediaman mewah mendorong kebencian rakyat Tunisia.

Keluarga Presiden digelar oleh rakyat sebagai 'The Mafia'. Hari ini setelah keluarga Presiden terbirit melarikan diri dan dilindungi oleh satu lagi regim (Arab Saudi), rakyat masuk ke dalam kediaman mewah Presiden lalu menghancurkan kereta-kereta mewah tersebut.

Nesrine Ben Ali, 24, dan kakaknya Cyrine (dua anak perempuan Ali dan Leila) terbang melarikan diri ke Paris serta menginap di Disneyland Hotel, Paris. Di sana mereka mendiami VIP suites dengan harga lebih 300 euro semalam.

Adalah dipercayai kekayaan keluarga Ben Ali berjumlah 3.5 bilion euro dan kebanyakannya dilonggokkan di Perancis.

Rembat 1.5 tan emas

Bukan itu sahaja, akhbar Le Monde melaporkan keluarga Ben Ali berjaya melepaskan diri dari kebangkitan rakyat dengan membawa sama keluar harta berbentuk 1.5 tan emas.

Hari ini, dalam satu sidang akhbar, pemimpin sementara Tunisia ditanyai wartawan, 'Benarkah Leila Trabelsi yang berkuasa dan bukan Presiden Ben Ali?'

Perdana Menteri sementara, Mohammed Ghannouchi menjawab: "We have that impression."

Ada orang mengatakan, di sebalik seorang lelaki (dalam hal ini kehancuran, bukan kejayaan) pasti ada seorang wanita.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan