Post Terbaik Blog

Pengikut ana

Ahad, 9 Januari 2011

Nahas jalanraya di Jalan JB - Kota Tinggi, 7 maut

Johor Baharu - Seorang pembantu kantin Sekolah Menengah Kebangsaan Teknik Kota Tinggi maut apabila bas kilang yang dinaikinya bergesel dengan sebuah treler di Kilometer 25.5 Jalan Johor Baharu-Jalan Kota Tinggi, malam tadi.

Nor Hazieana Sulaiman, 23, yang duduk di tempat duduk hadapan cedera parah di dada dan mati di tempat kejadian.

Kemalangan pada pukul 8.30 malam itu turut menyebabkan pemandu bas dan enam penumpang lain cedera ringan, kata Ketua Polis Daerah Kota Tinggi Supt Othman Muhammad Sebot ketika dihubungi, hari ini.

Beliau berkata, ketika kejadian bas yang membawa 30 penumpang itu dari arah Johor Baharu manakala lori treler terbabit dari arah Kota Tinggi.

"Lori treler itu dikatakan masuk ke laluan bertentangan menyebabkan ia bergesel dengan bas kilang terbabit di satu selekoh," katanya.

Beliau berkata pemandu dan kelindan treler terbabit tidak cedera dan belum tampil untuk membuat laporan.

Sehubungan itu, beliau meminta orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai kejadian itu supaya menghubungi talian hotline polis di 07-2212999 atau balai polis berhampiran bagi membantu siasatan. -Bernama



Keadaan bas kilang yang bergesel dengan treler

Siti Suriani cedera di mulut dan dagu dibawa ke hospital

Ibu Nor Haziena, berpakaian hijau, meraung hiba apabila mayat anaknya dihantar ke Unit Forensik Hospital Kota Tinggi. Suami Nor Haziena, berpakaian T-shirt merah, tercampak melalui tingkap bas dan mengalami cedera ringan.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan