Post Terbaik Blog

Pengikut ana

Rabu, 26 Januari 2011

Muhyiddin sindir PM


Muhyiddin Terlupa BN Hanya Menang Mudah Dalam PRU 2008

Menteri Besar Gagal Dapat Sokongan Dun Patut Letak Jawatan - Muhyiddin

BANDAR SERI BEGAWAN, 25 Jan (Bernama) -- Seseorang Menteri Besar yang gagal mendapat sokongan majoriti dalam persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) patut meletak jawatan, kata Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Beliau berkata kegagalan mendapatkan sokongan majoriti membuktikan kredibiliti yang lemah Menteri Besar terbabit.

"Sepatutnya beliau (Menteri Besar) meletak jawatan kerana tak dapat sokongan majoriti di DUN," katanya semasa sesi dialog pada majlis makan malam yang diadakan di Dewan Besar Suruhanjaya Tinggi Malaysia di sini malam Selasa.

Menjawab satu soalan bahawa terlalu banyak "politicking" di Malaysia sehingga menyebabkan kepentingan rakyat terabai, Muhyiddin berkata ia berpunca daripada tindakan pembangkang.

"Kita (kerajaan) terpaksa respon, kalau tidak nanti orang kata kita tidak buat apa-apa," katanya.

Selangor, yang mengadakan sidang khas DUN semalam, gagal mendapat sokongan majoriti dua pertiga untuk meminda Perkara 52 (1) Undang-Undang Tubuh Kerajaan Negeri 1959.

Usul pindaan rang undang-undang, yang dibentangkan Menteri Besar Selangor Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim, bertujuan mengembalikan kuasa melantik tiga pegawai eksekutif Selangor, iaitu Setiausaha Kerajaan Selangor (SUK), Penasihat Undang-Undang Negeri dan Pegawai Kewangan Negeri kepada Sultan Selangor dan Menteri Besar.

Dalam perkembangan lain, Muhyiddin yang juga Menteri Pelajaran berkata kerajaan sedia mengkaji untuk membenarkan pelajar yang memiliki kelayakan setaraf dengan Sijil Pelajaran Malaysia seperti O Level kerana mengikuti ibu atau bapa yang bermastautin atau bertugas di luar negara memohon pinjaman MARA, Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) dan Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) di Malaysia bagi melanjutkan pelajaran di institusi pengajian tinggi. -- BERNAMA

Ulasan GB

Muhyiddin TERLUPA bahawa BN memenangi pilihanraya pada 2008 dengan majoriti mudah, BUKAN dengan majoriti 2/3.

Bererti juga, PM dan TPM Malaysia SEBENARNYA tidak mendapat sokongan 2/3 majoriti parlimen - dan jika mengikut rumusan Muhyiddin sendiri - membuktikan kredibiliti yang lemah PM/TPM terbabit.

Bodoh bin bangang TPM yang juga menjadi Menteri Pelajaran Malaysia!

Nota : Apakah juga ianya bermaksud PM Najib wajar meletak jawatan...ganti dialah...

Tiada ulasan:

Catat Ulasan