Post Terbaik Blog

Pengikut ana

Selasa, 1 Mei 2012

Undang2 Majlis Tempatan Lebih Berkuasa dari Polis

 

Rakyat Dipukul kerana Undang2 Kecil DBKL




KLIK IMEJ
 
Dunia telah menyaksikan betapa rakyat Malaysia telah dipukul, ditendang, ditembak gas, dibaling kononnya kerana melanggar undang-undang. Tapi ramai rakyat Malaysia terutamanya yang menjadi mangsa kekejaman tidak tahu dibawah undang-undang apakah mereka telah dilayan begitu rupa. 
Nama undang-undang tersebut adalah :
"Undang Undang Kecil Kerajaan Tempatan (Dataran Merdeka)(Wilayah Persekutuan) 1992"
Undang-Undang ini lebih rendah tarafnya dari segi kepentingan berbanding undang-undang lalulintas. Ertinya, kalau undang2 lalulintas pun, kita hanya disaman sahaja, undang2 ini sepatutnya hukumannnya tidak lebih dari saman.
Tapi terbukti pada 28 April 2012, demi melaksanakan undang-undang kecil ini, mereka sanggup menendang, menyepak, memukul, menembak gas serta menangkap rakyat Malaysia.
Dengan kata lain, di satu waktu rakyat dilayan kejam kerana melanggar sebuah undang-undang kecil. Di waktu lain penari2 bogel didenda RM25 kerana melanggar undang-undang kecil jugak. Hairan Malaysia ni. Pelik bin ajaib sungguh.
 
Hakikatnya, sesiapa puntiada hak menghalang rakyat berjalan ke Dataran Merdeka kerana selepas jam 2 ptg, perhimpunan BERSIH telah pun tamat. Tidak timbul samada Azmin atau Anwar yang menyuruh atau tidak halangan dibuka. 
Pada hemat Tulang Besi, tindakan keras terhadap peserta BERSIH itu bukannya untuk menguatkuasa undang-undang tetapi adalah atas arahan yang datang dari atas semata-mata.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan