Post Terbaik Blog

Pengikut ana

Selasa, 8 Mei 2012

Benarkah Guru Agama Tak Mencukupi? Kenapa?

Malaysia ketandusan graduan lulusan bidang Agama Islam?

Oleh: amkns

"Benarkan pengajaran J-Qaf di sekolah menengah ditangguh kerana masalah kekurangan guru dalam bidang berkenaan? Apakah Malaysia ketandusan graduan lulusan bidang Agama Islam?


Pengajaran J-Qaf di sekolah menengah ditangguh
7 Mei 2012 BATU PAHAT -
Pelaksanaan pengajaran Jawi, al-Quran, Arab dan Fardu Ain (J-Qaf) di sekolah menengah di seluruh negara yang dijadualkan bermula tahun depan terpaksa ditangguhkan kerana masalah kekurangan guru dalam bidang berkenaan.

 Timbalan Menteri Pelajaran, Dr. Mohd. Puad Zarkashi berkata, masalah sama berlaku di peringkat sekolah kebangsaan apabila kementerian kekurangan kira-kira 11,000 guru J-Qaf. "Kita perlu menyelesaikan dahulu kekurangan guru J-Qaf di sekolah kebangsaan yang menjadi keperluan mendesak sebelum melaksanakannya di sekolah menengah.

 "Terdapat beberapa cadangan untuk meningkatkan jumlah guru itu dan ia akan dibincangkan pada mesyuarat pasca Kabinet Kementerian Pelajaran minggu depan bagi mendapatkan penyelesaian," katanya. Beliau berkata demikian selepas merasmikan Mesyuarat Agung dan Penyampaian Anugerah Pelajar Cemerlang Sekolah Agama Kampung Sungai Suloh, Senggarang, hari ini. Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin yang juga Menteri Pelajaran pada Disember lalu mengumumkan pelaksanaan program perintis J-Qaf di sekolah menengah mulai pertengahan tahun ini dan pelaksanaan sepenuhnya pada 2013 di sekolah menengah seluruh negara.

Mohd. Puad yang juga Ahli Parlimen Batu Pahat berkata, antara cadangan kementerian bagi meningkatkan jumlah guru J-Qaf adalah dengan melatih lulusan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) yang mempunyai latar belakang pendidikan agama di Institut Pendidikan Guru (IPG).

Beliau berkata, kerajaan sememangnya ada mengambil guru lepasan ijazah dari Asia Barat untuk berkhidmat sebagai guru J-Qaf di negara ini, namun, jumlah itu belum mencukupi bagi menampung keperluan ketika ini.

 Mohd. Puad berkata, Kementerian Pelajaran juga merancang mewujudkan jawatan Guru Penolong Kanan Pendidikan Islam di sekolah kebangsaan dan sekolah menengah kebangsaan bagi memantau dan memperkukuhkan subjek Pendidikan Islam.

 Menurutnya, perkara itu turut disuarakan Kesatuan Guru-guru Agama Kebangsaan semasa Konvensyen Pendidikan Islam peringkat kebangsaan tahun lalu dan mungkin terlebih dahulu dilaksanakan di sekolah yang mempunyai Kelas Aliran Agama. Bagaimanapun, katanya, cadangan tersebut perlu mendapat kelulusan Jabatan Perkhidmatan Awam dan mengambil kira faktor kewangan sebelum dapat dilaksanakan.

 PSB : Salah satu bukti UmnoBN tolak Islam, takut guru dan pentadbir kaki bodek dan kaki kipas UmnoBn yang naik pangkat melalui pintu belakang ini kepada Ustaz ustazah yang semakin berpengaruh di sekolah-sekolah...

Tiada ulasan:

Catat Ulasan