Post Terbaik Blog

Pengikut ana

Selasa, 8 Januari 2013

Polis Halalkan Maksiat, Menterinya senyap, peduli apa bencana alam


Dalam keadaan bencana alam yang melanda negara kita bermula dengan banjir besar berkali-kali, benteng pecah, tanah jerlus, tanah runtuh, tanah menggelongsor, banjir lumpur dan terbaru ancaman ribut tropika masih lagi tidak menginsafkan kita (baca PDRM) yang seronok berpoya-poya dengan parti ala porno.

Tugas dan amanah menjaga keamanan, keselamatan, membenteras jenayah dan kongs igelap bertukar jadi penyokong tegar maksiat dan dosa.  Hilang hormat masyarakat selama ini kepada polis. Harapkan pagar, pagar makan padi.
Rakyat terkejut! Ada tarian separuh bogel semasa acara "Majlis Malam Mesra, Sekalung Budi, Segunung Intan" Jabatan Siasatan Jenayah IPPD Shah Alam.

Ia bukan superimpose, ia bukan cerita rekaan untuk menjatuhkan imej PDRM. Tetapi ia adalah real, dan PDRM sendiri yang menjatuhkan maruah mereka!

Berikut ialah pengakuan Tun Hisan



Hasil pengakuan daripada Ketua Polis Selangor, Tun Hisan Tun Hamzah terbuktilah acara tarian separuh bogel semasa acara "Majlis Malam Mesra, Sekalung Budi, Segunung Intan JSJ IPPD Shah Alam" itu benar-benar berlaku.

BAGAIMANA PERKARA INI BOLEH TERLEPAS PANDANG?

SIAPA YANG MENJADI PENGATURCARA PROGRAM? Polis juga ke?

(Tidak diterima akal pihak polis lansung tidak terlibat di dalam pengaturcara program. -GB)

Kalau beginilah halnya, APAKAH MEREKA MASIH BOLEH DIHARAP UNTUK MENJAGA KEMASLAHATAN NEGERI SELANGOR INI DARIPADA JENAYAH SEDANGKAN MEREKA SENDIRI MENGALAKKAN KEMUNGKARAN DALAM KELAMBU MEREKA SENDIRI!

(KPN &) Tun Hisan, ANDA WAJIB BERTANGGUNGJAWAB! mereka yang terlibat termasuklah ketua JSJ IPD Selangor, penganjur program atau sesiapa sahaja WAJIB BERTANGGUNGJAWAB! - maklumat: RAMM / PemudaBatu.com

Pegar+bukan+pagar

"Harapkan Pegar , Pegar Makan Padi "


Ulasan GB

- dan kebelakangan ini beberapa kes kejadian rogol melibatkan anggota polis secara berkumpulan, malah ada kes rogol berlaku di dalam balai polis sendiri.. apakah disiplin dan moral polis sudah hancur binasa dan "tiger show" itu manifestasi dari kehancuran akhlak anggota pdrm?

Kita tidak bermaksud untuk orang membenci polis, tetapi perbuatan polis itu sendiri mengundang kebencian rakyat terhadap mereka.

GB selalu sebutkan: Hukum Kebenaran dan Keadilan tidak boleh ditolak dan disembunyikan. Ia akan terpapar dengan jelas dan nyata akhirnya!

Tiada ulasan:

Catat Ulasan