Tembok yang kukuh boleh rebak dan retak, deretan rumah mewah jenis banglo mengalami kemusnahan dan menggelogsor.
Puncak ini sudah tidak selamat untuk didiami, malahan kawasan bawah yang berhampiran juga diancam bahaya.
Hujan lebat yang turun tidak henti-henti adalah fenomena biasa musim tengkujuh yang kerapkali mengakibatkan banjir dan tanah runtuh di Malaysia.
Tak sangka tembok kongkrit yang kukuh dan kebanyakkan rumah di puncak ini yang telah dibina seawal 1987 atau 25 tahun yang lalu tiada sebarang masalah tetapi kali ini sebaliknya.
Antara rumah orang kenamaan (baca kaya) yang terlibat dalam tragedi ini ialah Datuk Seri Dr
Jamaludin Jarjis & Datuk Seri Zulhasnan Rafique dan lebih kurang 30 buah banglo lain yang anggaran harga sebuah rumah banglo ini mencecah jutaan ringgit.
Mujur setakat ini tiada melibatkan kematian.
Tapi tak sedar kita dan tak mahu insaf, disaat orang lain ditimpa musibah seperti banjir dan tanah runtuh, ada yang masih seronok membuat pesta hiburan yang melalai dan melekakan seperti Konsert Jom Heboh TV3 di Stadium Bukit Jalil.
|
assalamualaikum wbt. Singgah di blog bahasa melayu kami. semoga kental bangun menegak kebenaran dan mencegah kemungkaran bermula dari diri, keluarga, masyarakat, negara dan alam. Teras perjuangan kami ialah Islam, slogan kami ialah `Islam Adil Untuk Semua', dakwah kami ialah Al-Ukhuwah atau persaudaraan.

Assallammuallaikum, ni lah contoh betapa tidak pandai nya pemimpin UMNO. Keluar muka yg tak sebebrapa JJ tu kat TV3, tulisan dibawah Ahli Parlimen Rompin. Tak boleh ke letak sebagai penduduk yg terancam dgn runtuhan tanah? Nak mampus pun masih nak berpolitik seolah2nya Mungkar, Nangkir akan bertanya "apakah parti politik Tuan?" Berdoa sajalah orang macam ni akan insaf. Asyik being opportunistic tak habis2. ABU
BalasPadam