assalamualaikum wbt. Singgah di blog bahasa melayu kami. semoga kental bangun menegak kebenaran dan mencegah kemungkaran bermula dari diri, keluarga, masyarakat, negara dan alam. Teras perjuangan kami ialah Islam, slogan kami ialah `Islam Adil Untuk Semua', dakwah kami ialah Al-Ukhuwah atau persaudaraan.
Sabtu, 29 September 2012
Kemenangan Bergaya Mahasiswa UKM
Pro-mahasiswa menguasai sekali lagi Persatuan Mahasiswa Universiti Kebangsaan Malaysia (PMUKM) untuk sesi 2012-2013.
Seakan mengia gelaran kumpulan mereka 'Gabungan Mahasiswa UKM' , kumpulan yang mengaku memperjuangkan suara mahasiswa yang tulen mendapat sokongan 2/3 kerusi dalam pilihanraya kampus (PRK) atau nama rasminya Pemilihan Majlis Perwakilan Pelajar 2012-2013.
Setelah sepenggal PRK ditangguhkan, kali ini kedua-dua pihak; Aspirasi dan GMUKM tampil membawa muka-muka baru yang diangkat sebagai calon-calon 'winable' mereka.
Ironinya dalam PRK kali ini kumpulan Aspirasi selaku 'jaguh kolej' mungkin 'terlupa' untuk menyediakan 7 orang calon untuk mencukupkan bilangan calon-calon mereka sekaligus memberikan kemenangan percuma tanpa bertanding kepada kumpulan GMUKM yang bersiap sedia memenangi kerusi sekali lagi pada tahun ini.Baca analisis

Tiada ulasan:
Catat Ulasan